RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 16 Julai 2016

DULU KU LI BELOT, TIDAK RAMAI IKUT KU LI. MENGAPA TAKUT KALAU MAHATHIR BELOT?

JANGAN PERSIAKAN HARAPAN RAKYAT HANYA KERANA DENDAM KEPADA MAHATHIR

SESUATU benda yg baik yg kita nak buat, Mahathir nak join, terus kita tak jadi buat. Itu tindakan bodoh.
Kita meletakkan Mahathir sebagai insan yg tak boleh membuat apa pun kebaikan di dunia ini. Itu kezaliman, namanya. 

Alhamdulillah, Almarhum Us Fadzil Noor tidak pernah membaca rekod dan sejarah lampau Anwar sewaktu Anwar bangun menentang rejim zalim Mahathir dulu. Waktu itu, Almarhum juga amat berhati2 apabila bersama Anwar kerana ada pimpinan Pas waktu itu curiga dengan Anwar. Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor lah maka Umno/Bn sekarang kekal tanpa suara majoriti di Parlimen.

Memang benar sejarah lalu, Mahathir menentang Pak Lah dan Mahathir keluar Umno. Apabila Pak Lah turun, Mahathir masuk Umno semula. Jika ini ditakdir berlaku, mengapa kita harus bimbang? Bukankah kita juga ada sejarah dari Semangat 46? Ku Li dipecat dari Umno dan menubuhkan Semangat 46. Semangat 46 menjalinkan hubungan dengan Pas sehingga berjaya merampas Kelantan. Akibat dedak, Rais Yatim orang kanan Ku Li menyertai Umno semula dan menjadi menteri. Kemudiannya diikuti oleh Ku Li sendiri. Semangat 46 bubar.

Apakah Pas rugi waktu itu? Tidak. Di dalam parti Semangat 46 tidak ramai yang menyertai Umno semula, bahkan ramai yg menyertai Pas kerana marah dengan tindakan Ku Li belot kpd perjuangan. Pas cuma hilang Ku Li dan Rais Yatim tetapi Pas dapat ribuan para penyokong baru bekas Semangat 46. Seandainya Mahathir belot dan umum menyertai Umno semula, apakah kita yakin semua penyokong Mahathir akan mengikutinya? Kita jangan lupa, kekuatan Mahathir menjatuhkan Pak Lah dulu adalah kerana adanya sokongan dari belakang pimpinan Umno sendiri yg mahu Pak Lah turun. Berbeza dengan sekarang, siapa pimpinan Umno yg sokong Mahathir untuk jatuhkan Najib? Semuanya telah Najib cantas dan buang awal2. Situasi berbeza. Mahathir sudah tiada kekuatan untuk kembali bersama Umno kerana tiada lagi pimpinan Umno yg ada di dalam kabinet Najib yg menyokongnya.

Sejarah ini mungkin membuatkan Anwar menerima dan menyokong tindakan Mahathir untuk menubuhkan parti barunya untuk bersama PH melawan rejim Umno/Bn.

2 ulasan:

  1. Sesuatu yg berlaku dan Allah jadikan ada rahsia di sebaliknya. Mungkin Allah sedang membuka laluan untuk menumbangkan pemerintahan umno bn. Kita bersangka baik dan berdoa sahajalah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Bagi aku biaqlah pas sorang2 depakan dah kuat...Aku takut nnt bila duk dalam pakatan jadi duri dalam daging lak,gunting dalam lipatan...

    BalasPadam