RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 2 Ogos 2013

ZIARAH TUAN HJ SUHAIMI SAID, BELIAU MASIH KUAT DAN GAGAH

Petang semalam (01 Ogos 2013) saya bersama SUK PKR Pahang, Sdr Adnan telah sempat ke Hospital Temerloh untuk menziarahi Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang juga Ahli MPP merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau.

Tuan Haji Suhaimi telah ditahan di wad selama lebih kurang 5 hari yang lalu akibat penyakit yang asalnya sukar untuk diketahui puncanya.  Sebelum ini berbagai rawatan telah beliau lakukan termasuk secara tradisional yang berterusan sehingga hari ini.  Semalam, saya difahamkan oleh beliau bahawa doktor telah dapat mengenalpasti penyakitnya iaitu ada kaitan dengan tulang yang mengakibatkan beliau selalu merasa teramat sakit dan badan menjadi lemah.

Menziarahi Tuan Hj Suhaimi Said, beliau banyak membantu KOBAT terutamanya KOBAT FM
Sewaktu kami menziarahi beliau, istarinya, Puan Hendon turut berada disisi beliau yang menemaninya sepanjang beliau ditahan di wad.  Anak perempuan beliau juga, seorang peguam turut berada di sisi.  Beliau kelihatan lebih bermaya dan dikatakan berselera untuk menjamah makanan berbanding sebelum ini.  Dua hari yang lalu, Pengerusi MPN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Datin turut menziarahi beliau.  Turut menziarahi beliau sebelum ini ramai juga di kalangan pimpinan PKR Negeri termasuk AJK-AJK Cabang K.Krau dan sahabat karib beliau.

Meskipun masih berada di wad, Tuan Hj Suhaimi masih mahu bercerita tentang politik yang nampaknya tidak boleh dipisahkan dari kehidupannya.  Beliau mahu agar PKR terutamanya di Cabang K.Krau terus berusaha dan giatkan usaha tanpa menanti beliau kembali.  Muka-muka baru perlu dicari sebagai pelapis bagi meningkatkan prestasi PKR di K.Krau, katanya.

Melihat keadaan beliau, saya yakin beliau akan kembali semula ke K.Krau menerajui parti di peringkat Cabang seterusnya memperkuatkan PKR Negeri Pahang terutamanya.  Sebab itulah saya amat memahami mengapa Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi masih enggan menerima perletakan jawatan Tuan Hj Suhaimi atas faktor kesihatan beliau kini kerana masih meyakini Tuan Hj Suhaimi masih kuat dan gagah untuk terus bersama menumbangkan rejim Umno/Bn di Negeri Pahang ini, khususnya.


Isnin, 29 Julai 2013

BAJU HITAM 'BLACK OUT" DI PAGI RAYA !!

Disarankan sempena menyambut Aidil Fitri tahun ini, alangkah baiknya jika kita hadir Solat Sunat Aidil Fitri nanti kita berpakaian 'Hitam" (Black Out).

Semangat 'Black Out' mesti kita suburkan selagi si bangsat dua tiga ekor di dalam SPR itu masih bertenggek di kerusi masing-masing untuk terus menipu kita.  Bermacam cara boleh kita lakukan untuk menunjukkan bantahan terhadap penipuan mereka sehinggakan kita yang memperolehi kepercayaan rakyat untuk menjadi kerajaan telah dinafikan.

Memang SPR mahu kita hadapi mereka di mahkamah kerana mereka tahu dan kenal benar dengan mahkamah di negara kita.  Lihatlah, beberapa keputusan mahkamah setakat ini berkaitan petisyen pilihanraya.  Belum pun sempat kita tunjukkan bukti dan hujah kita, mahkamah telah membatalkan petisyen atas soal 'teknikal' sahaja.

Memang benar, petisyen dari Bn juga ditolak tetapi kita bukan mahu petisyen kita sahaja diterima.  Kita mahu semua petisyen hendaklah dibawa dan dibuktikan di mahkamah tanpa mengira perkara remeh seperti 'teknikal' ini.  

Ayuh, kita giatkan kempen 'Black Out' sempena Aidil Fitri ini.