RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 16 Februari 2013

KESIHAN EZAM SESUMPAH SANGGUP DIPERBODOHKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam sesumpah melutut kepada Umno, maka hilanglah maruah beliau yang dahulunya dianggap hero selepas DS Anwar terutamanya di era reformasi.  Apabila berada di bawah ketiak Najib dan Bik Mama, maka nama Ezam sesumpah tidak kurang dan lebih dari nama Raja katak, Berahim Alkataki.

Kini, Ezam sesumpah ke hulu ke hilir menjadi balaci Umno disaat-saat Umno sedang nazak.  Mungkin dulu pemimpin Umno merasakan jika bawa Ezam sesumpah sertai Umno akan membuatkan Umno bertambah hebat untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim.  Malangnya, harapan Umno berkecai dan mungkin sekarang terasa di dalam hati pemimpin Umno betapa rugi besarnya memberikan anugerah Senator kepada Ezam sedangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ezam sesumpah selain dari menghabiskan gaji dan elaun Senator percumanya itu.


 
Baru-baru ini, pada 15 Feb 2013 diadakan "DEBAT" RAKYAT di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas yang kononnya pentas debat di antara Ezam sesumpah selaku Penaung Waris Malaya dengan Hassan Jati mewakili JATI.  Debat bertajuk "Jom Tolak Pakatan" itu tidak diketahui siapa pencadang dan siapa pembangkang kerana debat kebiasaannya mestilah ada pro dan kontra.  Tetapi Ezam sesumpah tidak kisah walaupun pentas itu terang-terang memperbodohkannya.

Lebih melucukan Hassan Jati langsung tidak nampak muka.  Mungkin Hassan Jati terasa betapa bodohnya beliau jika berdebat dengan orang yang satu pemikiran dengannya.  Buat apa berdebat jika sudah sama-sama bersetuju dengan tajuk debat?  Bukankah itu kerja bodoh namanya.  Jadi, Hassan Jati tidak mahu nampak terlebih bodoh dari Ezam sesumpah.  Maka, berdebatlah Ezam sesumpah seorang diri.  Sesuai dengan 'standard'nya, Ezam sesumpah pun berdebat seorang diri di atas lori ikan dan Ezam sesumpah pun berucap seolah-olah beliau berucap seperti DS Anwar di atas trailer Jelajah Merdeka Rakyat.  Cukuplah dapat berangan.

Sebelum ini, Ezam sesumpah pernah melakukan kerja bodoh yang sama iaitu berdebat dengan Noh Omar atas tajuk yang disepakati bersama.  


  .
Bak kata rakan aku Blogger Omakkau, "Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan."  

Kesihan Ezam sesumpah.

Jumaat, 15 Februari 2013

TAMPIL DI MAHKOTA AMAN, BATU 11, KUANTAN MALAM INI


MALAM ini (15/2/13-Jumaat), aku dijemput untuk berceramah bersama Pengerusi KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera) bertempat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan mulai jam 09.00 malam.

Atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), sejarah dilakar apabila KOBAT digandingkan sepentas bersama KERABAT dan permulaannya amat tepat iaitu bersebelahan dengan Kem Batu 10 dan Kem Batu 9, Kuantan, Pahang yang merupakan pengkalan Tentera Darat dan TUDM, Kuantan.

Turut bersama malam ini adalah Us Yusuf Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Tuan Haji Suhaimi Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang).

Sehubungan itu, semua warga tentera dan bekas-bekas tentera dijemput hadir beramai-ramai malam ini.  InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membuat Siaran Secara Langsung program caramah malam ini. 

Selasa, 12 Februari 2013

SUNTIK SEMANGAT HADAPI MEREKA, BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM PADA 13 FEB INI DI KUANTAN

Oleh:  WFAUZDIN NS



"TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU".  Itulah thema yang dibawa oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama ABU (Asal Bukan Umno) serta dibantu oleh rakan-rakan dari PR di dalam siri jelajah mereka ke seluruh negeri.

Di Pahang, thema ini akan dilaungkan oleh Chegu Bard (SAMM), Sdr Harris (ABU) dan turut menarik perhatian orang ramai nanti adalah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.  Siri jelajah sampai ke Pahang pada 13 hb Februari (Rabu) ini mulai jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Komuniti Beserah), Kuantan.

Turut mengambil bahagian untuk mengingatkan kerajaan khususnya yang mengawal SPR agar tidak melakukan penipuan di dalam PRU nanti adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota dan juga dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).

Kebangkitan rakyat tidak boleh disekat dengan penipuan. Kita tahu mereka sedang menyusun taktik untuk menggagalkan PR mengambil alih Putrajaya sekiranya PR memenangi PRU nanti walaupun di dalam masa yang sama taktik penipuan PRU giat dilakukan.  Isu pemberian IC kepada pendatang asing adalah isu serius yang membuktikan penipuan memang telah lama berlaku.  Berbagai-bagai provokasi telah dilakukan oleh puak yang rakus terhadap program-program PR jelas menunjukkan mereka sedang berlatih untuk menimbulkan kekacau sekiranya Umno/Bn hilang kuasa.

Sehubungan itu, rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku mestilah bersedia untuk melakukan apa jua bagi menghadapi puak-puak ini.  Marilah kita menyuntik semangat kita dengan menghadiri program pada 13hb Februari (Rabu) ini di lokasi yang telah dimanyatakan.






Ahad, 10 Februari 2013

JIKA TIDAK TERCALON, MAHU TUTUP BILIK GERAKAN YANG TIDAK PERNAH PUN WUJUD

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN dekat mahu pilihanraya, nampaknya semakin panas di beberapa kawasan.  Kini, telah ada beberapa kawasan yang telah menampakkan siapa calon yang bakal terpilih untuk bertanding.  Ada calon yang perasan mereka terpilih, terus bekerja tetapi apabila ada khabar-khabar angin menyebut namanya mungkin tidak terpilih, mulalah buat karenah.

Ertinya, dia bekerja selama ini untuk menjadi calon.  Memang layak pun dicantas awal-awal lagi kerana orang seperti ini tidak ikhlas berjuang di dalam parti.  Sehinggakan sanggup memberi amaran jika tidak terpilih, beliau akan menutup bilik gerakan.  Lucunya, bilik gerakan tidak pernah dibuka pun malahan tiada bilik gerakan pun lagi yang diwujudkan, jadi bagaimana mahu 'tutup' bilik gerakan jika bilik gerakan tidak wujud?  

Ada pula bakal calon yang baru disebut-sebut untuk jadi calon awal-awal lagi tunjuk ego.  Semua kerja diserah kepada petugas-petugas beliau dan beliau langsung tidak menunjukkan minat untuk bekerja.  Minatnya hanya untuk menjadi calon sahaja.  Bayangkan kalau sudah bilik gerakan yang para petugas buka untuk beliau, beliau sendiri jarang tunjukkan muka ke situ, adakah itu tandanya berminat untuk jadi calon?  Usahkan mahu bersama-sama tampal poster atau pacak bendera, mahu raikan petugas-petugas beliau sendiri di bilik gerakan pun segan.  

Kadangkala kesihan tengok para petugasnya.  Ke hulu ke hilir menjaja nama calon tersebut, sedangkan calon jarang sekali mahu bersama.  Sibuk?  Cubalah buat sibuk selepas Parlimen dibubarkan nanti, jika berani.  Jika untuk bertemu dengan para petugas pun tiada masa, adakah beliau punyai masa untuk bertemu dengan rakyat di bawah?

Ada tu pula, gila mahu jadi calon tetapi mengharapkan sokongan penyokong dari parti lain untuk naikkan namanya sebagai calon.  Parti mana yang akan calonkan wakil mereka hanya mengikut telunjuk para penyokong parti yang lain?  Ertinya, jika berminat untuk menjadi calon mestilah tunjuk kebolehan dan mendapat sokongan dari pimpinan dan ahli-ahli parti sendiri terlebih dahulu.  Jangan menjual nama penyokong-penyokong kuatnya dari parti lain, kononnya beliau mendapat sokongan padu di akar umbi.  Cara itu tidak boleh diterima samasekali.

Parti PAS tidak akan letakkan calon semata-mata mengikut telunjuk penyokong-penyokong dari parti PKR.  Begitulah sebaliknya.  Meskipun kesemua penyokong samada dari PAS, PKR atau DAP amat diperlukan di dalam pilihanraya, tetapi untuk menentukan calon itu mestilah datangnya dari parti itu sendiri.  Oleh itu, jangan perasan hebat jika sokongan kepada kita hanya datang dari parti lain.