RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 8 Januari 2011

BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MANTAN SUK SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

MANTAN SUK Selangor, Datuk Ramli mengatakan bahawa pencalonan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor bagi menggantikannya telah dimaklumkan kepada MB Selangor sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor. MB Selangor pula menafikannya, bahkan surat yang didakwa salinan kepada MB Selangor pun tidak diterima.

Ini bermakna, ada salah seorang dari mereka ini telah menipu Sultan Selangor. Salah kecilkah jika ada yang menipu atau mengelirukan Sultan Selangor? Perlukah diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat siapa yang berbohong sehingga menjadikan isu perlantikan SUK Selangor sebagai satu krisis Perlembagaan?

Mungkin tindakan boleh diambil kepada bekas SUK Selangor itu sekiranya terbukti beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan jujur, lebih-lebih lagi bertindak mengelirukan Sultan Selangor. Bukan sukar untuk menyiasat perkara ini kerana ianya melibatkan pentadbiran dalaman yang mempunyai dokumen-dokumen dan surat sebagai bahan bukti.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan Polis ke atas mantan SUK Selangor sekiranya Kerajaan Negeri menganggap beliau telah bertindak di luar bidang kuasa dan mempunyai niat untuk mensabotaj Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com

ISU SUK - SIAPA MENIPU SULTAN SELANGOR SEBENARNYA?

SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit

Jan 8, 11

Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:

YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.

Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.

Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK.

Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin.

Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat.

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan./Malaysiakini

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR AHLI POLITIK MALAS ?

Teresa Kok : Pemilihan Satim, Aneh Dan Diluar Jangkaan
07/01/2011


SHAH ALAM 7 JAN : Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Satim Diman sebagai ketua pembangkang baru di Selangor adalah sesuatu yang aneh dan diluar jangkaan.

Demikian pandangan ADUN Kinrara, Teresa Kok yang turut berasa hairan bagaimana pemimpin Umno-Barisan Nasional meletakkan Satim bagi mengetuai pasukan pembangkang, walhal kelibat ADUN itu jarang kelihatan menjalankan tanggungjawab di Dewan mahupun di kawasan beliau.

" Di Dewan pun saya juga sentiasa nampak dia tidak ada. Jadi kalau dia jadi Ketua Pembangkang sama ada dia boleh memainkan peranannya dengan berkesan kerana bagi saya dia memang seorang ahli politik yang malas," kata Teresa ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Umno Selangor malam tadi mengumumkan perlantikan Satim bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang terpalit dengan kes rasuah. Satim sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri. Jawatannya itu kini digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Mengulas lanjut mengenai karektor individu yang dipilih oleh Umno itu, menurut Teresa, beliau tidak akan lupa tindakan ADUN itu yang terburu-buru melemparkan tuduhan ke atasnya berhubung isu larangan azan. " Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan," tegas Teresa.

Dalam kejadian pada 2008 itu, Satim katanya telah melemparkan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan larangan azan dilaungkan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong. Malah Satim mengatakan bahawa beliau telah menulis surat mengenai petisyen bantahan penduduk yang tidak berpuas hati dan meminta pihak jawatankuasa masjid supaya tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan kepada Satim. Katanya, beliau dilemparkan dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana tempat yang dinyatakan adalah kawasan Satim sendiri, dan beliau tidak tahu menahu apa yang berlaku di kawasan ADUN itu.

" Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan. " Saya rasa prestasi beliau akan lebih teruk dari Dr Khir Toyo," tambah Teresa lagi, mengulas sikap sambil lewa Satim./TVNews

IBRAHIM ALI SEMAKIN CERCA MERBA, PERTANDA DISEMADIKAN SELEPAS PILIHANRAYA UMUM NANTI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA merasa pelik dengan sikap dan tabiat Presiden PERKASA, Ibrahim Ali. Di dalam mengulas keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock di dalam kawasan pejabat SPRM, Ibrahim Ali amat menentang penubuhan Suruhanjaya Diraja tersebut. Baca di sini.

Ibrahim Ali berpendapat memadai pihak Polis menyiasat kes tersebut. Kita ingin bertanya kepada beliau, adakah kematian Teoh tidak pernah disiasat oleh pihak Polis sebelum diadakan injues? Adakah siasatan Polis atau inkues lebih baik atau telus jika ingin dibandingkan dengan Suruhanjaya Diraja? Kes mata lebam DS Anwar dahulu boleh dijadikan panduan untuk menjawab persoalan ini.

Melucukan, beliau secara sinis menyebut beliau pelik dengan sikap `keterbukaan dan baiknya' kerajaan apabila bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Mengapa Ibrahim Ali pelik? Mungkin beliau sedar kerajaan selama ini tidak bersikap terbuka dan tidak baik, sebab itu lah beliau merasa pelik. Di dalam Parlimen, MP Pasir Mas yang menenggek atas kerusi ihsan PAS ini berdegar-degar bercakap akan menyokong apa jua yang baik samada dari Kerajaan atau Pembangkang. Adakah Suruhanjaya Diraja ini tidak baik untuk Ibrahim Ali?

Hujah beliau bahawa mengadakan Suruhanjaya Diraja membazirkan wang rakyat adalah satu hujah dungu oleh seorang Ahli Parlimen. Beliau cuba ingin membandingkan nilai atau harga sebuah keadilan dan ketelusan dengan wang ringgit. Beliau tidak tahu menilai nyawa yang hilang dan tidak merasa apa yang dirasakan oleh waris Teoh Beng Hock. Seandainya tragedi ini berlaku ke atas ahli keluarga atau warisnya, mungkin Ibrahim Ali akan menjadi `gila' dan `meroyan'.

Ibrahi Ali yang sinonim digelar `raja katak' ini sempat mengulas isu Datuk Khusrin, SUK Kerajaan Negeri Selangor yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor. Beliau menyebut bahawa perlantikan SUK itu adalah sah dari segi undang-undang. Kita semua tahu, yang dibicarakan sekarang berkaitan isu SUK ini adalah tentang ketelusan dan tahap profesional pihak KSN, SPA dan JPA. Rekod Datuk Khusrin sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah JAIS sepanjang PR mentadbir Selangor juga boleh dinilai sebelum mengesahkan perlantikannya.

Saya tidak pelik jika Ibrahim hanya menyebut dari segi undang-undang semata-mata dan tidak mahu menyentuh dari segi moral dan adab. Kita pun tahu dari segi undang-undang, MP Pasir Mas ini memang sah sebagai Ahli Parlimen walaupun tanpa parti kerana beliau `disedekahkan' oleh PAS untuk kerusi tersebut. Tetapi jika ingin membicarakan soal moral dan adab, Ibrahim Ali sewajarnya sudah lama mengosongkan kerusi tersebut kerana bertindak lebih Umno dari Umno apabila menyerang PR, khususnya PAS.

Bermoralkah Ibrahim Ali yang di`beri makan' oleh Tuan Guru Nik Aziz berada di kerusi tersebut, tiba-tiba mendesak Mursyidul Am PAS tersebut meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan? Jelas, perjuangan Ibrahim `raja katak' semakin lama semakin cerca merba. Itu pertanda awal beliau akan `disemadikan' selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com

TRAGEDI RUSILA - PERTEMBUNGAN KEDUA PIHAK YANG TIDAK BERADAB?

Oleh: WFAUZDIN NS

MELALUI maklumat dari blog rakan dan blog Aduka Taruna sendiri, termasuk dari blog Batu-Api@firestone sepatutnya berlaku perdebatan ilmiah di antara Aduka Taruna dengan Batu-Api@firestone di Masjid Rusila, Marang, Terengganu semalam selepas Solat Jumaat semalam. Berita terkini melaporkan, debat tidak berlaku sebaliknya Aduka Taruna telah `dibelasah' oleh sekumpulan pemuda di perkarangan Masjid Rusila selepas Solat Jumaat tersebut.

Saya cuma membaca satu sumber di sini, dan mungkin ada lagi sumber yang saya tidak sempat membacanya. Membaca hanya dari satu sumber tidak boleh membantu meyakinkan kita semua. Saya hanya ingin mengulas sedikit betapa tragedi ini (dibelasah) tidak mungkin boleh berlaku sekiranya Aduka Taruna mempunyai adab ketika berurusan samada resmi atau tidak dengan pemimpin. Kejadian seperti ini juga boleh dielakkan sekiranya sekumpulan pemuda yang didakwa membelasah Aduka Taruna itu juga mempunyai adab dan akhlak.

Sekiranya tujuan Aduka Taruna ke Masjid Rusila mempunyai dua tujuan iaitu untuk menemubual spontan Tuan Guru Hj Hadi (istilah `langgar Hadi' oleh Aduka) dan juga beliau ingin mengadakan debat dengan Batu-Api@firestone, maka Aduka perlu fokus kepada dua matlamat itu sahaja.

Dikatakan, sejurus selesai Solat Jumaat Aduka telah mengekori Tuan Guru Hj Hadi yang ingin pulang ke rumahnya yang berhampiran untuk menanyakan beberapa soalan terhadap Tuan Guru Presiden. Tindakan `terjahan' umpama wartawan Melodi TV3 suku seperti ini mungkin tidak disenangi oleh Tuan Guru Presiden, lantas beliau dikatakan enggan melayani pertanyaan Aduka. Sejarah lalu juga sudah cukup memberi ingatan kepada Aduka agar tidak membuat perkara yang sama kerana menjadi hak sesiapa sahaja untuk menjawab atau tidak soalan di dalam keadaan atau situasi apa sekali pun.

Sewajarnya, mengikut adab menghormati pemimpin sekiranya Tuan Guru Presiden enggan menjawab soalan yang ingin beliau kemukakan secara `terjah' sedemikian, Aduka sepatutnya berhenti di situ sahaja dan tidak terus mendesak. Ertinya, beliau gagal di dalam satu objektif beliau ke sana. Beliau sepatutnya terus kepada objektif kedua, iaitu mengadakan debat seperti yang dirancangkan. Malangnya, kedua-dua objektif Aduka gagal oleh kerana beliau tidak boleh menerima kegagalan di dalam objektif pertamanya. Aduka masih gagal mendisiplinkan dirinya ketika berurusan dengan pemimpin. Itu kelemahan Aduka, pada pendapat saya.

Kemungkinan perbuatan atau tingkah laku yang mendesak sedemikian rupa oleh Aduka terhadap Tuan Guru Presiden, menimbulkan emosi kepada beberapa orang yang berada di situ. Maka, berlakulah apa yang didakwa bahawa Aduka telah dibelasah dan mengalami cedera ringan.

Walau apa pun kesalahan Aduka, saya berpendapat beliau tidak harus dibelasah hanya kerana mendesak Tuan Guru Presiden. Apatah lagi, kejadian itu dikatakan berlaku di sekitar Rumah Allah. Saya merasa hairan, sekiranya kumpulan yang membelasah Aduka ini pernah ditarbiyyah mana mungkin mereka boleh bersikap sekejam itu? Mungkinkah kumpulan ini bukan dari kumpulan yang menerima Tarbiyyah dari PAS? Amat malang jika benar mereka telah membelasah Aduka sedangkan mereka adalah anak murid atau pengikut Tuan Guru Hj Hadi.

Benarkah kejadian itu disedari atau dilihat sendiri oleh Tuan Guru Hj Hadi? Benarkah Presiden PAS itu tidak berbuat apa-apa apabila melihat kejadian itu? Itu semua saya tidak berani ulas kerana kita setakat ini hanya membaca berita dari sebelah pihak. Saya menanti agar sebelah pihak lagi untuk menceritakan hal sebenar kejadian yang dianggap memalukan ini.

Apa yang boleh saya perkatakan, Aduka tidak menggunakan kebijaksanaannya seolah-olah tidak menghormati pemimpin. Walaupun Tuan Guru Hj Hadi mungkin tidak dianggap pemimpin oleh Aduka, tetapi beliau adalah pemimpin di mata ramai khususnya umat Islam terutamanya di dalam PAS. Pendekatan yang diguna pakai oleh Aduka tidak bijak samasekali walaupun berniat baik, apatah lagi berniat jahat.

Kumpulan yang dikatakan membelasah Aduka juga tidak bijak dan tidak beradab melayani Aduka sedemikian rupa. Sepatutnya mereka mesti menunjukkan contoh dan teladan yang baik sekiranya mereka mengaku bahawa mereka adalah pengikut Tuan Guru Hj Hadi atau pengikut PAS. Membelasah Aduka tidak bererti memperkuatkan perjuangan Islam yang dicita-citakan oleh PAS. Mereka hanya menampilkan imej yang tidak baik kepada Masjid Rusila yang menjadi saksi perbuatan kedua-dua pihak yang tidak beradab ini./wfauzdin.blogspot.com

HARAMKAN UTUSAN DI SELANGOR?

AMK Desak Kerajaan PR Selangor Haramkan Utusan Malaysia
Jika Polis Gagal Ambil Tindakan

07/01/2011


SHAH ALAM 7 JAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Azmizam Zamanhuri memberi amaran untuk mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengharamkan penjualan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia sekiranya polis gagal mengambil tindakan.

Azmizam bersama kira-kira 30 ahli PKR membuat laporan polis di Ibu pejabat Daerah Shah Alam meminta siasatan dibuat ke atas Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita berbentuk fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia telah mengeluarkan beberapa berita dalam keluarannya bertarikh 3, 4, 5 dan 6 Januari 2011 yang menuduh Shuhaimi sebagai penderhaka kepada Sultan Selangor, mempertikaikan kuasa Sultan dan berniat menghasut rakyat melancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu. "Sekiranya pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, saya nak bagi amaran, kita AMK akan berjumpa dengan Tan Sri Khalid, Datuk Menteri Besar (MB) dan kita akan mendesak MB Selangor untuk mengharamkan penjualan Utusan Malaysia di negeri Selangor," tegas beliau yang dijumpai di perkarangan IPD Shah Alam petang tadi.

Beliau berkata, pengharaman ini boleh dilakukan dengan meminta MB meluluskan dan menurunkan arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengharamkan penjualan akhbar tersebut di premis-premis yang diberi lesen perniagaan oleh kesemua PBT. Dalam pada itu, beliau juga meminta polis agar mengambi serius laporan yang dibuat dengan mengadakan satu penyiasatan yang telus dan adil. "Kita dah buat laporan ini, kita minta pihak polis menyiasatnya secara telus, secara adil, dan pastikan tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia. Sekiranya tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak PDRM, pihak kami akan terus membuat laporan dan akan terus ramai-ramai membuat laporan tanpa henti terhadap Utusan Malaysia yang bukan sahaja memfitnah YB Shuhaimi Shafiei tetapi juga memfitnah kerajaan PR terutama sekali Tan Sri Khalid Ibrahim," tegas beliau.

Selain itu, Azmizam juga menuntut pihak Utusan Malaysia meminta maaf kepada kesemua pihak yang terjejas akibat berita fitnah tersebut dan memberikan amaran tindakan lebih tegas akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya gagal menunaikan tuntutan. "Saya juga mendesak supaya Utusan Malaysia minta maaf kepada kerajaan PR, Datuk MB, juga kepada YB Shuhaimi Shafiei kerana memfitnah mereka. Kalau pihak polis tidak siasat, kita akan desak kerajaan Selangor untuk haramkan penjualan Utusan Malaysia, dan kita juga akan minta kerajaan dibawah naungan PR yang lain juga untuk mengharamkan Utusan Malaysia dijual di negeri-negeri tersebut," tegas beliau.

Beliau berkata, Utusan Malaysia kini telah dijadikan alat propoganda Umno-BN yang digunakan untuk menghuru-harakan keadaan politik negara serta mengganggu ketenteraman rakyat dengan cubaan melaga-lagakan kerajaan PR Selangor dan institusi Istana Negeri Selangor. Katanya lagi, insiden pintu masuk pejabat Shuhaimi yang disimbah cat merah juga berpunca daripada berita fitnah Utusan Malaysia. "Kenapa pejabat itu disimbah, sebab berpunca daripada fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia terhadap YB Shuhaimi Shafiei menyebabkan mungkin ada segelintir rakyat keliru dengan kenyataan fitnah Utusan Malaysia menyebabkan ada rakyat yang mengambil tindakan sebegitu rupa, contohnya seperti menyimbah cat untuk melepaskan geram terhadap YB Shuhaimi Shafiei," jelas beliau.

Azmizam yang juga Naib Presiden AMK Pusat menegaskan, AMK Pusat juga tidak akan bertolak ansur atas perkara ini dan akan terus membuat laporan polis secara besar-besaran sehingga tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia serta memberikan masa seminggu bagi polis mengambil tidakan. "Kita tak akan bagi peluang kepada Utusan Malaysia untuk terus memfitnah kerajaan PR dan seterusnya mengelirukan rakyat terutama sekali dalam isu perkauman dan isu Istana di Selangor," kata beliau lagi./TVNews

TAMPARAN HEBAT LAGI BUAT UMNO P.PINANG YANG SERING DAKWA GUAN ENG ANTI MELAYU ISLAM

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Susan Loone
Jan 7, 11

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

NONELim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim./Malaysiakini

Prinsip Raja Berperlembagaan Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB

Lim Hong Siang |

Jan 07, 2011

Perbincangan tentang institusi Raja Melayu dalam alaf ke-21 perlu mengambil kira faktor sejarahnya. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan - Yang Di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara, sementara kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan. Raja yang berkecuali dari politik kepartian, dijadikan lambang tertinggi dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, institusi Raja sering diheret ke gelanggang pergelutan politik kepartian. Bukan itu sahaja, pada ketika kuasa hampir dimonopoli sepenuhnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional, pembangkang dan masyarakat sivil yang kebuntuan menjadikan istana sebagai pangkalan untuk menyekat kuasa regim BN. Misalnya, perhimpunan dan perarakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan BERSIH pada tahun 2007.

Strategi ini semestinya mengundang risiko. Bukan tugas yang enteng untuk meletakkan garisan pada batas "sistem Raja berperlembagaan", terutamanya dalam konteks masyarakat yang sarat dengan pelbagai akta untuk digunakan terhadap mereka yang berbicara mengenai kuasa institusi Raja. Pengaruh institusi Raja semakin terserlah, antaranya ketika rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, sebelum kemelut perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan "semangat prinsip Raja Berperlembagaan", dalam wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, semalam. Ahli politik yang cuba menampilkan diri sebagai pemimpin negara masa depan ini menghadapi desakan golongan pendukung politik baru yang progresif, di samping perlu berhati-hati dengan sentimen "kemelayuan" yang tidak boleh diperlekehkan.

Antara Rakyat dengan Raja

"Dia harus ditangani dengan hikmah. Mempertahankan hak rakyat dan juga memuliakan institusi raja," jawab Anwar dengan cermat, menjelaskan bagaimana convention perlantikan SUK selama ini menyaksikan hak rakyat diputuskan seperti mana yang diusulkan Menteri Besar, dan kemudian nama itu mohon perkenan Raja.

Beliau menyambung, "Dalam kes ini, usul Menteri Besar tidak berlaku. Maka kita sukar menerima. Di mana ada kuasa rakyat di sini? Apa erti pilihan raya? Apakah ini bermakna kita mengetepikan perkenan Raja? Tak benar. Tetapi bagaimana perlantikan dibuat tanpa usul daripada rakyat? Itu prosedur dia."

Bagaimanapun, upacara angkat sumpah SUK baru, Khusrin Munawi, calon yang tidak direstui kerajaan negeri Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, sebelum wawancara ini dijalankan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa "kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri" pada 3 Januari, akhirnya akur, walaupun mendakwa "hadir tidak bermakna rela" kemudiannya.

Anwar menjelaskan bahawa perbincangan dalam PR, bersama Lim Kit Siang (DAP) dan Hadi Awang (PAS) mencapai muafakat - menyerah kepada EXCO kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kemelut ini.

Kehadiran halalkan perlantikan

Anwar: Kerana upacara itu bukan upacara angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Upacara itu upacara yang melibatkan banyak program lain. Keengganan kerajaan negeri hadir akan menimbulkan tafsiran yang berbeda. Bukan soal Setiausaha Kerajaan Negeri. Soal Setiausaha Kerajaan Negeri kita tegas. Tetapi nampaknya usul angkat sumpah itu dimasukkan sebagai salah satu upacara itu.

MR: Tetapi sebelum ini, MB dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri upacara itu...

Anwar: Tetapi upacara itu disekalikan dengan beberapa upacara yang lain!

MR: Tetapi, kehadiran ini memberi laluan kepada Khusrin untuk menjadi SUK yang halal.

Anwar: Itu saya tidak... (mahu mendalami) macam mana implikasi dari segi undang-undang, tetapi kalau Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak diterima oleh kerajaan negeri, juga tidak mudah (untuk Khusrin).

PR berganjak langkah?

Bagaimanapun, kesudahan isu perlantikan SUK semalam mungkin mengundang persepsi di kalangan sesetengah pengamat politik, bahawa PR telah berganjak langkah.

"Pendirian kita jelas. Kita tidak setuju dengan cara mengetepikan suara rakyat. Itu prinsip dia. Tetapi kita tidak mahu langkah kita itu memberikan tafsiran berbeda, terutama kerana upacara istana itu tidak hanya angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri. Kenyataan MB itu merujuk kepada upacara angkat sumpah. Tetapi upacara angkat sumpah itu disekalikan dengan upacara yang melibatkan institusi Raja yang lain, jadi itu menyukarkan kedudukan Menteri Besar dan kerajaan negeri, dan saya faham bahawa ia menimbulkan juga sedikit kerumitan tambahan kepada kita. Tapi saya yakin kerana kerajaan negeri masih punya suara yang besar," jelas Anwar.

Beliau kemudian menuding jari kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, "Ini peranan Dato Seri Najib yang cuba nak merampas Selangor setelah setahun, dua tahun ini gagal. Ini helah tambahan. Ini kita tahu. Ini usaha, helah UMNO untuk rampas secara haram. Jadi, oleh yang demikian, kita akan mempertahankan (kerajaan negeri Selangor)."

Apabila keputusan MB semalam dipertikaikan sebagai memberi ruang kepada UMNO-BN untuk menggunakan institusi Raja untuk menekan PR sebaliknya, Anwar berkata, "Itu bukan bagi ruang, itu perlembagaan. Kita nak pilih. Kalau saudara buat andaian begini, makna seolah-olah kita memilih untuk menolak institusi Raja-Raja. Ini perangkap yang dimainkan oleh mereka."

"Ada orang yang bersuara kita harus tegas. Tegas, betul. Tetapi tegas sehingga menyebabkan kita dilihat sebagai menentang institusi Raja juga tidak sihat. Sebab pendirian kita pertahankan institusi ini. Jadi, jangan kita terperangkap. Oleh kerana kita nak keras, keras itu menyebabkan kita terperangkap, kerana suara rakyat sekarang masih mahu pertahankan semangat perlembagaan itu. Tapi, semangat perlembagaan itu tidak bermakna kesediaan kita menerima kenyataan bahawa institusi Raja diheret oleh mana-mana pihak," tekan Anwar.

Tentang kenyataan Suhaimi...

Sama ada perlantikan SUK Selangor ini konspirasi UMNO-BN untuk merampas kuasa, ia terserah kepada masa untuk menjawabnya. Namun, apa yang pasti, ia membuka gelanggang pertarungan politik, dan akhirnya ADUN Sri Muda-PKR, Suhaimi Shafiei menjadi sasaran baru, atas tuduhan "menghina Sultan".

Utusan Malaysia pada 6 Januari 2011, memberi liputan penuh pada muka surat ketujuh, untuk mengecam kenyataan Suhaimi (gambar kanan), di samping menyiarkan tulisan asal blognya. Antara kenyataan Suhaimi berbunyi, "baginda DYMM Sultan Selangor selaku Raja Berperlembagaan hendaklah mendapat nasihat dan bertindak mengikut nasihat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan) dalam menjalankan fungsi baginda seperti yang dinyatakan dalam peruntukan fasal 55(1) dan (1A), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Meskipun tidak bersetuju sepenuhnya kenyataan Suhaimi, tetapi Anwar mempertahankan kenyataan Suhaimi pada bahagian di mana Sultan perlu mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ditafsirkannya sebagai "maksud Raja Berperlembagaan".

Beliau mempersoalkan, sejak bila Utusan Malaysia tidak menyerang PKR/PR? "Cuba baca Utusan masa dia menyokong pinda perlembagaan. Cuba baca Utusan masa dia menyerang Raja, itu jauh lebih parah daripada kenyataan Suhaimi. Jadi, kalau Utusan mahu ambil tindakan kepada Suhaimi, Utusan juga harus diambil tindakan, dan juga semua ucapan Presiden UMNO dulu...patut diambil tindakan."

Cubaan PR menarik sokongan Institusi Raja

Walaupun demikian, sesetengah pengamat politik mungkin menganggap PR juga pernah menunjukkan kecenderungan untuk menarik sokongan institusi Raja, khususnya sekitar rancangan rampasan kuasa pada 16 September 2008. Ia mungkin bertujuan untuk mengimbangi kuasa UMNO-BN, namun ia sering berakhir dengan kesudahan yang memihak kepada UMNO.

"Kita pertahankan prinsip perlembagaan, iaitu kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja. Ada juga usaha UMNO untuk mengheret institusi Raja, mendukung mereka dengan menanam rasa cemas atau takut, seolah-olah Pakatan Rakyat, terutama dengan adanya DAP, sebagai tidak menghormati Raja atau akan mengingkari kuasa Raja. Ini sebab kita nak pertahankan (institusi Raja)," Anwar menafikan andaian yang dilontarkan di atas.

"Yang kita pertahankan prinsip itu sahaja. Tidak lebih dari itu. Kita tidak mahu pulihkan kerajaan di mana Raja-Raja berkuasa, kerana itu sudah meninggalkan semangat prinsip perlembagaan dan raja berperlembagaan. Kalau dia katakan Raja yang melantik (dalam isu SUK), mana ada prinsip raja berperlembagaan di situ?"

Wartawan MerdekaReview membangkitkan ucapan dasar Presiden dalam Kongres PKR pada November 2008, yang menyebut kesediaan PKR untuk "mengembalikan kekebalan Raja-Raja".

Anwar bagaimanapun mendakwa bahawa "istilah itu mungkin dipertikai", sebelum menekankan, "Kalau kita pilih untuk mempertahankan institusi Raja berperlembagaan, institusi Raja itu mesti dimuliakan. Kalau tidak institusi itu tidak ada kesan. Tetapi ia tidak bermakna kuasa itu berbalik kepada Raja. Ini tahun 2010, ia tidak masuk akal untuk rakyat dipinggirkan."

Ketika dibangkitkan rancangan 16 September yang diuar-uarkannya itu turut menyebut langkah "mengadap Yang Di-Pertuan Agong", Anwar tetap mempertahankan bahawa perlembagaan menuntut prosedur mendapat perkenan Agong untuk menubuh kerajaan baru.

Beliau tidak melihat bahawa langkah ini bertentangan dengan politik baru yang didukung Pakatan Rakyat, "Politik baru tidak pernah mengatakan tidak mahu perkenan Raja."

Namun apabila wartawan membangkitkan situasi di mana Akta Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) digesa untuk digunakan, setiap kali apabila isu institusi Raja disentuh, Anwar berkata, "Yang itu kita tidak pernah setuju. Itu Utusan punya politik. (Politik) Lama. Kami kata orang nak bagi pandangan, teguran, tak ada salah. Sebab itu kita besarkan kenyataan Profesor Aziz Bari dan sebagainya untuk memberi pandangan yang berbeda."

Beliau menegaskan bahawa PR tidak menghina mana-mana institusi, tetapi memberi hak kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan. Secara terus terang beliau berkata, "Saya ikut perlembagaan sahaja. Saya juga tahu bahawa seluruh perjuangan kebangsaan Melayu juga mahu merdeka. Bebaskan diri dari kuasa mutlak Raja. Dari segi sejarahnya itu kita akui, tetapi institusi (Raja) itu kita pertahankan." (Bahagian pertama, bersambung)

*Wawancara ini dijalankan oleh Chan Wei See (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina), Lim Hong Siang (Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia) dan Ong Vic Kee (Wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina), di pejabat Anwar Ibrahim pada 6 Januari 2011.

ISU SUK SGOR - ADA UNSUR SABOTAJ DARI AWAL ?

Pejabat MB: Ramli 'membisu' hingga majlis bersara

Jan 7, 11

Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya.

Pejabat Khalid juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini hari ini, yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.

Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

Sumber: Malaysiakini

Jumaat, 7 Januari 2011

MEMANG BANGSAT - SEBELUM BERSARA SEMPAT LAGI SABOTAJ KERAJAAN NEGERI

Khalid: Bekas SUK Kemuka Nama Khusrin Kepada Istana Tanpa Pengetahuan MB

06/01/2011


SHAH ALAM 6 JAN : Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas Pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru. Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada Menteri Besar dan EXCOnya yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.

Khalid berkata Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri. "Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat Barisan Nasional. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.


Dalam sidang akhbarnya, beliau memberi urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Datuk Ramli dalam menghasilkan Datuk Khusrin sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor. "Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada Menteri Besar oleh Jawatan Kuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada Menteri Besar . (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin," kata Khalid. Datuk Ramli menghantar surat itu kepada Istana Selangor tanpa memaklumkannya kepada Tan Sri Khalid, tegas Khalid.

"Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin, " kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani. Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada Menteri Besar mahupun EXCO kerajaan negeri.

"Pada 16 Disember pula, mesyuarat Exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember," kata Khalid. Khalid berkata sehari selepas mesyuarat EXCO itu, Menteri Besar menghantar nama calon yang disenarai pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana Sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Datuk Ramli.

"Pada 17 Disember, MB hantar 3 nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya Sultan telah membuat keputusan" dengan perkenankan pelantikan Khusrin," katanya. Khalid berkata Datuk Ramli jelas memainkan peranan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.

"Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember," katanya lagi./TVNews

RAYUAN DR HALIMAH UNTUK RAKYAT DEMI SELANGOR

Minta solat hajat, kami dah tak larat - Dr Halimah
Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini."Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini."Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini."Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami relaMenteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin."Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK. "Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya."Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. "Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

LAGI BUAT AKU PENING !!!!

Adoiii.....bila aku baca artikel di sini, lagi buat aku pening. Kalau korang tak mahu pening, tak payah lah klik kat link tu.

ISU SUK SGOR - PRESIDEN PAS BERI AMARAN

07 Jan 11

Kenyataan Media Presiden PAS:Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Remove Formatting from selection
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut. Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya.

Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat. PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

PERBINCANGAN PERLANTIKAN SUK SGOR TELAH DIBINCANG TAHUN 2009 LAGI - MB SGOR

MB: Khusrin sah SUK, tapi belum boleh angkat sumpah kerahsian

Jimadie Shah Othman
Jan 6, 11

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohammedd Khusrin Munawi sebagai sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsian, dan oleh itu tidak membolehkan beliau menghadiri mesyuarat exco negeri.

Khalid berkata, Khusrin tidak boleh mengangkat sumpah tersebut sehinggalah selepas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk membincangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri selangor berhubung pelantikan SUK.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu pelantikan Khusrin tidak dipolitik dan disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Menteri besar berkata beliau tiada sebarang masalah memberikan kerjasama, seperti dititahkan sultan.

Bagaimanapun, kata Khalid, perkara itu melibatkan hal pengurusan negeri.

"Tentang kerjasama, datang tengok beliau angkat sumpah, itu pun kerjasama juga," katanya.

Mengenai cadangan pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri, Khalid berkata:

"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak."

Berhubung kuasa memanggil dewan bersidang, Khalid mengatakan perkara itu juga "terpulang pada speaker."

Ditanya tentang titah Sultan Selangor yang mahukan cadangan itu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Baginda, Khalid berkata, ia hendaklah dimaklumkan pada speaker dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya: "Tiap-tiap minggu saya jumpa sultan".

Khalid juga positif cadangan pindaan itu akan mendapat perkenan sultan.

"(Kita) tak perbesar (isu). Saya hendak betulkan perkara ini. Saya ingat Sultan pun setuju. Takkan tak setuju," katanya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan SUK Shah Alam hari ini, Khalid enggan membuat spekulasi tentang hasil sidang itu nanti.

"Terpulang pada dewan, positifkah, negatifkah. Tapi saya tak boleh buat spekulasi," katanya.


Sementara itu, Khalid berkata SUK terdahulu, Datuk Ramli Mahmud tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung pelantikan Khusrin.

Menurut kronologi komunikasi pelantikan Khusrin yang dikeluarkan oleh istana, Ramli berkomunikasi secara langsung dengan wakil-wakil Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung pelantikan tersebut.

Menteri besar berkata, isunya ialah perkara itu tidak diberitahu kepada beliau.

Katanya, Ramli tidak memberitahu beliau dan Sidek memilih untuk berurusan dengan Ramli sahaja, dan Ramli pula memilih untuk berurusan dengan Sidek tanpa pengetahuan menteri besar.

Ini, kata Khalid, merupakan salah satu isu yang membawa kepada masalah tersebut.

Ditanya sama ada ia merupakan satu tindakan sabotaj, Khalid menjawab: "Itu bergantung bagaimana anda menulisnya".

Beliau juga menolak dakwaan setiausaha sulit sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani pagi ini bahawa beliau tidak membincangkan calon-calon SUK dengan suruhanjaya perkhidmatan awam lebih awal.

"Saya sudah berbincang dengan jabatan perkhidmatan awam sejak tahun 2009 ketika tempoh perkhidmatan Ramli disambung."/Malaysiakini

Khamis, 6 Januari 2011

TINDAKAN BIJAK DAN BERANI OLEH MB SELANGOR, ZAHRAIN YANG MASIH TOLOL?

Oleh: WFAUZDIN NS

MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya menjunjung kasih untuk hadir ke Istana Sultan Selangor siang tadi. Kehadirannya adalah sebagai rakyat dan pemimpin kerajaan negeri yang setia ke bawah Duli Tuanku bukannya untuk meraikan `pendatang tanpa izin' itu.

Bayangkan jika MB tidak hadir. Selama berbulan-bulan lamanya media haprak akan mengalunkan lagu `penderhaka Raja' terhadap MB Selangor. Kehadirannya pun masih dipersendakan oleh TV3 suku yang menggambarkan seolah-olah MB Selangor dan para Exco yang hadir sekadar `tunjuk muka'. Begitulah celakanya media di bawah ketuanan Melayu yang menghina pemimpin Melayu yang dipilih oleh rakyat itu.

Seekor `katak' bernama Zahrain pun menyampuk dalam isu ini. Bagi menggambarkan betapa tololnya MP ini, beliau mendakwa apa yang berlaku di dalam isu SUK Selangor itu adalah mainan atau hasutan DAP khususnya di P.Pinang. Betapa tololnya MP ini dan kita bersyukur di dalam PKR kita telah diselamatkan dari Wakil Rakyat setolol itu. Jika tidak, tentu parti kita akan malu.
Semua rakyat tahu sejarah, Lim Guan Eng ini lah yang memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu yang telah dirogol oleh seorang pemimpin Melayu sendiri. Waktu itu, di mana Zahrain? Mungkin ketika itu beliau sedang berangan untuk menjadi Wakil Rakyat untuk mengaut kekayaan dirinya.

Mungkin Zahrain ingin kita lupa jasa Lim Guan Eng yang telah memerintah P.Pinang secara telus sehinggakan kaum Bumiputera berjaya mendapat tender 70 % di negeri tersebut. Beliau juga mahu kita lupa siapakah yang menaikkan elaun guru KAFA, Imam serta menambah peruntukan kepada Sekolah Agama di P.Pinang. Zahrain gagal menghasut orang Melayu dan Islam di P.Pinang untuk membenci Lim Guan Eng. Sebab itulah, Zahrain merapu sehingga kata-katanya tidak lagi boleh diterima oleh akal yang waras.

Syabas sekali lagi buat MB Selangor yang terus menumpahkan taat setia kepada Sultan Selangor. Umno semakin kekurangan idea untuk menyabitkan Kerajaan Selangor sebagai penderhaka kepada Raja. Selepas ini, PR harus mendedahkan siapa sebenarnya penderhaka Raja kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dan seluruh Malaysia, amnya. Mari kita londehkan seluar dalam Umno selepas ini./wfauzdin.blogspot.com

`KHINZIR DI BAWAH KOPIAH' JAWAPAN BUAT YB ZUL KULIM

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
EMOSI sungguh MP Kulim YB Zul `firaun besar' di dalam penulisannya tentang hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan hak Sultan Selangor. Aku malas nak link kan tulisan di dalam blog YB Zul itu, sesiapa yang bodoh dan tidak boleh berfikir lebih baik tidak membuka blognya.

Beliau menyebut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor ibarat `ada khinzir di dalam Yong Taw Foo'. Pada aku tiada masalah kalau orang Cina yang bukan Islam memakan Yong Taw Foo yang mempunyai khinzir dan Yong Taw Foo itu pun memang makanan kegemaran kaum Cina.

Apabila meneliti hujah YB Zul `firaun besar' ini di dalam blognya, aku juga merasakan seperti `Ada Khinzir Di Bawah Kopiah' YB Zul. Semua perkara yang beliau tuduh ke atas Kerajaan PR di Selangor, semuanya mahu dilibatkan dengan DAP. Kununnya, apa yang berlaku berkaitan perlantikan KSU Selangor pun adalah kerana hasutan DAP. Aku juga boleh tuduh apa yang YB Zul `firaun besar' ini perkatakan berkenaan PR adalah hasil hasutan parti sekular sekutu Apco itu. Sepatutnya sebagai seorang Peguam walaupun kadangkala `pembawa fail dan beg' sahaja, beliau harus membawa hujah dan fakta bagi membuktikan bahawa sememangnya DAP yang menghasut Kerajaan PR Selangor selama ini. Jelas, beliau bukan peguam yang baik jauh sekali seorang MP yang berkaliber.

Sebenarnya, YB Zul Kulim buat kecoh membabi buta adalah dengan harapan agar rakyat terutamanya di Kulim Bandar Baru lupa bahawa beliau adalah MP yang tidak direstui oleh majoriti pengundi di situ. Beliau ingin menutup malunya kerana masih menebal muka berada di kerusi yang tidak diredhai itu. Beliau hanya berani bercakap seorang diri, berdepan dengan media yang sepencacai sepertinya sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh MP Shah Alam dari PAS, YB Khalid Samad maka kecut dan memulas perutnya. Percayalah, inilah penggal terakhir buat `firaun besar' ini menyondol bagai khinzir. Selepas ini, beliau akan `disembelih' oleh para pengundi di Kulim Bandar Baru dan diletakkan di bawah Yong Taw Foo.

Nasihat aku buat beliau, sebelum menyongkar `khinzir di bawah Yong Taw Foo', beliau mesti sedar di `bawah kopiahnya juga terdapat khinzir'./wfauzdin.blogspot.com

ROGOL AMAH - ADAKAH RAIS SEKUAT ANWAR MENGHADAPINYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MP Jelebu yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB DSU Rais Yatim pun muncul di kaca TV malam tadi. Setelah sekian lama diasak oleh berbagai cerita yang berkaitan dengan kes Amah dirogol seperti yang didedahkan di dalam beberapa blog, dan juga setelah laporan Polis dibuat terhadapnya, beliau tampil untuk menafikan beliau terlibat.
Di TV3 dalam Buletin Utama, berita yang keluar sekitar seminit dua hanyalah kenyataan penafian Menteri ini yang juga boss besar stesen TV. Di dalam berita Astro Awani, gambar Menteri ini muncul di dalam sidang akhbarnya untuk menafikan beliau tidak terlibat.

Berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anwar. Apabila ada tuduhan dibuat ke Ketua Pembangkang ini, maka TV dan akhbar berjela-jela membuat ulasan walaupun penafian dibuat oleh DS Anwar. Paling kurang setengah jam TV akan mengulas isu ke atas DS Anwar siap dengan menemu bual beberapa pemimpin yang sememangnya musuh DS Anwar. Paling laris untuk ditemubual adalah beberapa spesis katak yang melompat dari PKR, termasuk juga kaki pembohong besar YB Zul dari Kulim. Maka, setiap hari ada sahaja cerita dan `nasi tambah' yang disiarkan di kaca TV tentang DS Anwar.

Ini tidak berlaku pada Rais Yatim. Apabila beliau menafikan beliau terlibat, maka `full stop' di situ. Jauh sekali pihak media pencacai ini ingin siarkan kisah pembunuhan Altantuya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu. Itulah hebatnya media di negara ini.

Di dalam kenyataan Rais Yatim, beliau menyebut tuduhan ke atasnya oleh Pembangkang dan media serta blog pro pembangkang adalah tuduhan jahat untuk menjatuhkannya. Kita ingin beritahu Rais, cerita ini bukan kita yang cipta tetapi kita mendapatkannya dari sumber di luar negara di mana Amah iaitu mangsa terlibat menetap sekarang. Cerita ini juga didedahkan oleh Wikileaks. Kita tidak mencipta isu ini melainkan ianya didedahkan oleh mangsa dan keluarga itu sendiri melalui satu pertubuhan di Indonesia.

Jika Rais Yatim merasa tertekan atau aib dengan tuduhan yang beliau hadapi, tentu sekarang beliau terfikir bagaimana DS Anwar mampu bangkit dan melawan dari situasi yang sama. Apabila terkena ke atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah. Rais Yatim belum pun disiasat mahupun didakwa, sedangkan DS Anwar telah disiksa, dihina dan dipenjarakan malahan difitnah sekali lagi. Namun, DS Anwar mampu bangkit dan melawan tanpa bantuan dari media seperti yang diperolehi oleh Rais Yatim. Ini menunjukkan kekuatan moral yang ada pada DS Anwar tidak tergugat dengan fitnah sejahat mana sekali pun.

Adakah Rais Yatim mempunyai kekuatan seperti itu? Kita tunggu sejauh mana kerajaan ingin bertindak ke atas tuduhan terhadap Menteri ini. Kerajaan Indonesia sudah pasti bersedia untuk membantu siasatan kes ini seandainya kerajaan serius untuk menyiasat. Kita difahamkan AMK sendiri akan menghantar pemudanya ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau fakta yang ada berkaitan kes ini. Adakah KDN juga akan bertindak sedemikian?/wfauzdin.blogspot.com

DERHAKA PADA RAJA - SULTAN HARUS DIBERI PENJELASAN SEBENAR

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS diucapkan kepada Adun Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie yang merendah diri serta menjunjung kasih untuk bersedia mengadap ke Bawah DYMM Sultan Selangor berkenaan isu penulisan di blognya yang dituduh oleh puak-puak sekutu Apco sebagai menderhaka kepada Sultan. Alangkah bodohnya mereka itu kerana tidak tahu membezakan mana satu penderhakaan dengan teguran atau pun pandangan.

Mungkin bagi mereka menegur mana-mana institusi Raja adalah perbuatan derhaka, manakala merampas kuasa Raja atau pun menggelar Raja atau Sultan sebagai `natang' bukan menderhaka. Biarlah mereka dengan fahaman bodoh serta dungu seperti itu. Di zaman manusia semakin celik ini bukan semua rakyat boleh diperdayakan dengan fahaman jahilliyyah mereka itu. Di dalam kepala otak sekutu Apco hanyalah untuk memperbodohkan semua orang demi kepentingan kuasa mereka.

Di dalam Islam, tegur menegur dan ingat mengingat sesama kita hatta kepada pemimpin mahu pun Raja adalah sesuatu yang dituntut. Sekiranya teguran itu tidak betul, hendaklah si penegur itu ditegur kembali dengan membawakan hujah yang benar, bukan dengan melarangnya dari menegur apatah lagi hingga ke peringkat ingin `digantung'. Itu bukan cara bertamaddun, tetapi itu adalah cara pemerintahan di rimba.

YB Shuhaimi memang wajar mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan apakah yang mungkin telah dikelirukan oleh media haprak sehari dua ini. Sultan juga manusia biasa yang dicipta Allah, tentunya memerlukan maklumat yang betul kerana sebagai manusia tidak semua yang difikirkan adalah betul dan tepat dan manusia juga tidak boleh mengetahui semua perkara. Justeru itu, YB Shuhaimi mesti memaklumkan perkara sebenar kepada DYMM Sultan.

Jangan kita menjadi seperti puak sekutu Apco yang hanya pandai `pukul curi' tetapi teramat takut dan kecut bila berdepan. Mereka hanya pandai berkokok di depan media kepunyaan mereka sahaja. Mereka hanya memerlukan Istana tatkala mereka tersepit, tetapi apabila mereka mendapat sebesar kuasa, jika boleh langit pun mereka mahu kuasai. /wfauzdin.blogspot.com

KSN PUNCA KEJATUHAN IMEJ DAN MORAL DATUK KHUSRIN

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA percaya apa yang diperkatakan oleh MB Selangor bahawa kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir berkaitan isu perlantikan SUK Selangor adalah pandangan peribadi beliau sahaja. Sebelum ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor di dalam kenyataan medianya menyebut bahawa perbincangan di antara MB Selangor dengan JPA atau SPA berkaitan isu perlantikan SUK Selangor setelah SUK dilantik tidak wajar dan menjatuhkan kredibiliti calon yang telah dilantik.

Persoalannya, siapakah yang memulakan semua ini sehingga dianggap penolakan SUK Selangor Datuk Khusrin oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai menjatuhkan kredibiliti beliau? Hakikatnya, Datuk Khusrin telah dipilih oleh KSN untuk menjadi SUK Selangor yang baru tanpa dibawa berbincang terlebih dahulu dengan MB Selangor. KSN sepatutnya bertindak profesional dan penuh integriti serta beradab dengan Kerajaan Negeri Selangor walaupun Selangor kini ditadbir oleh PR.

Apa yang berlaku, KSN melangkau Pejabat MB Selangor dan terus menapak ke Istana Selangor bagi mempersembahkan nama calon yang dipilih. Tindakan ini lah yang kita anggap sebagai satu tindakan tidak bermoral dan tidak beretika samasekali. Usah kecoh dengan peraturan atau undang-undang bila membicarakan soal moral kerana integriti dan moral ini lebih tinggi dari undang-undang. Mungkin kaedahnya mematuhi undang-undang tetapi dari segi moral dan adab caranya menjijikkan.

KSN sebenarnya yang telah merosakkan imej dan moral Datuk Khusrin. Datuk Khusrin pula sanggup di`kambing hitam'kan walaupun beliau lebih arif tentang adab kesopanan lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Pengarah JAIS. Lebih memalukan, Datuk Khusrin sanggup `menonggok' di atas kerusi KSU Selangor walaupun beliau tahu situasi yang berlaku.

Mengapa Setiausaha Sulit Sultan Selangor tidak menegur KSN yang membelakangkan MB Selangor di dalam perlantikan KSU ini? Umpama pasangan bergu badminton, memang jurulatih punya kuasa mencatur pasangan yang difikirkan sesuai, tetapi jurulatih yang bijak akan bertanya terlebih dahulu kepada pemain terlebih dahulu adakah beliau serasi atau boleh bermain dengan baik dengan pasangan yang ditetapkan oleh jurulatih tersebut. Kecuali, jurulatih berkenaan sememangnya berniat jahat atau ingin melakukan sabotaj terhadap pasangan bergu berkenaan.

Saya mengucapkan syabas kepada MB Selangor yang setakat ini berusaha untuk menyelamatkan Negeri Selangor dari di`perlekeh'kan atau diperbudakkan. Kita harus terus menyokong usaha beliau ini kerana jika perkara sedemikian dibiarkan berlaku, tidak mustahil akan banyak lagi camportangan yang tidak wajar akan berlaku bagi mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 5 Januari 2011

GEMPAR - BEKAS KETUA CID KL DEDAHKAN BUKTI DNA KES LIWAT 1 DIPALSUKAN

Bekas ketua CID KL: Bukti DNA kes liwat I dipalsukan

Jan 5, 11

Bekas pegawai penyiasat polis tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, - Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi membuat pendedahan menggemparkan melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat bertarikh 5 Januari lalu, yang dialamatkan kepada Datuk Idris Harun itu, bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Anwar, sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Sesalinan surat berkenaan dibekalkan kepada pihak media hari ini.

Mat Zain bagaimanapun tidak membekalkan butirannya tetapi berkata fakta yang dibekalkan dalam suratnya yang bertarikh 27 Disember tahun lalu sepanjang 13 halaman kepada Ketua Polis Negara dengan salinannya kepada perdana menteri dan Idrus adalah cukup jelas.

Beliau juga mendakwa pemalsuan berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Selain itu, Mat Zain melalui surat berkenaan berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Mat Zain dalam suratnya mendakwa semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, satu kes prima facie boleh difailkan ke atas Gani dan mereka yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang dibuatnya pada 15 April 2009 dan 7 Mei 2009.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers ke zaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain.

Berikut surat penuhnya itu.


SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim

5 hb.Januari 2011


Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,

(Solicitor General of Malaysia)

Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

“Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.”

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk “administrative purposes” sahaja dan tidak melibatkan pengambilan “kuasa penuh” Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai “Decision on Revision” di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah “statutory requirement”,atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil “without fear or favour”,sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam “Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya”,walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk “to come clean” untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011

Sumber: Malaysiakini