RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 28 Ogos 2010

ISU SURAU DI KAJANG - JADIKAN SATU PENGAJARAN

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
APA yang berlaku di sebuah madrasah di Kajang nampaknya menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor. Kehadiran MP Serdang Teo Nie Ching di madrasah berkenaan serta memberikan ucapan di dalam ruang ibadat madrasah tersebut menjadi punca kemurkaan Sultan. Berlanjutan peristiwa itu MAIS telah diarahkan untuk mengambil alih madrasah berkenaan. Baca sini.

Saya juga menjadi pelik dan hairan mengapa peristiwa ini boleh berlaku. Mengapa pihak pengurusan madrasah tersebut tidak sensitif dengan hal-hal sebegini. Memang tidak salah jika mana-mana Non Muslim mengunjungi tempat ibadah kita apatah lagi berniat untuk memberikan bantuan, tetapi mereka juga mempunyai batas-batas tertentu dengan adab-adab yang perlu mereka hormati.

Sekiranya MP Serdang yang berniat baik untuk hadir memberikan bantuan atau nasihat, adalah lebih baik dan sesuai acara itu diadakan di perkarangan madrasah dan bukannya di dalam madrasah. Apatah lagi di dalam situasi sekarang, di mana terdapat pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian, tindakan kita menimbulkan fitnah ini tentulah satu tindakan yang tidak bijak samasekali.

Kita tidak boleh menyalahkan MP Serdang yang tidak tahu batas-batas dan adab rumah ibadah kita. Menjadi tanggungjawab kita terutamanya pihak pengurusan rumah ibadah untuk memaklumkan kepadanya. Saya percaya MP berkenaan akan akur dengan nasihat yang kita berikan kepadanya.

Adalah diharapkan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa pun samada perseorangan atau pemimpin yang Non Muslim boleh berkunjung ke rumah ibadah kita dengan tujuan yang baik tetapi tentukan adab kesucian rumah ibadah ini dipelihara. /wfauzdin.blogspot.com

`GENG MAMAK' DITERIMA JADI SEKUTU UMNO ?

MT putuskan Kimma ahli bersekutu Umno

Abdul Rahim Sabri
Ogos 27, 10

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menerima Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai ahli bersekutu Umno.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno, Kimma akan mendapat beberapa keistimewaan seperti dijemput sebagai pemerhati pada mesyuarat agung Umno dan mesyuarat perwakilan bahagian jika mereka mempunyai wakil di bahagian tersebut.

"Tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam urusan Umno.

"Mereka juga bersetuju dan menyokong segala dasar (yang dibuat) oleh kerajaan dan MT," katanya.

Menurut Najib lagi, Kimma juga berperanan untuk membantu menguatkan Umno dan BN./Malaysiakini

Jumaat, 27 Ogos 2010

SAHAM BUMIPUTERA HILANG, SIAPA SAPU ?

Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion

GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY

PKR BUKIT BINTANG - SEBAB BELIAU KELUAR PKR

Bekas ketua PKR yang paling tadah 'tak cekap'
Ogos 27, 10

Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap.

Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR “tidak mempunyai fokus”.

Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh.

Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang.

"Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti,” kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi.

"Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini.”

Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu.

"Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi,” dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu./Malaysiakini

BUTAKAH MATA JAMIL KHIR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL Khir seorang menteri yang menjaga agama, dilantik melalui jawatan Senator di dalam kabinet Najib menyebut betapa berdosanya seseorang yang memburukkan nama negara sendiri. Kenyataan beliau adalah berhubung dengan wawancara Nurul Izzah Anwar di Indonesia yang menceritakan darihal apa yang tidak betul di dalam pentadbiran Najib menguruskan negara. Jamil Khir berkata, jika niat untuk menimbulkan kekacauan maka hukumnya berdosa.

Persoalannya, di mana kisah buruk yang boleh menimbulkan kekacauan yang disebut oleh Nurul Izzah itu? Jika tiada, maka tentulah hukumnya tidak berdosa. Apa yang penting, Jamil Khir mesti membuktikan Nurul Izzah mempunyai niat untuk menimbulkan kekacauan. Sudah semestinya niat itu Allah jua yang tahu.

Jika berniat sahaja untuk menimbulkan kekacauan itu berdosa, apa pula hukumnya membuat kekacauan? Tentulah terang lagi hukumnya berdosa. Jamil Khir sedar atau tidak, berapa banyak yang telah Umno lakukan yang telah menimbulkan kekacauan? Itu bukan niat lagi, malah telah pun berlaku. Isu perkauman yang dimainkan oleh Umno selama ini boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Fitnah ke atas PAS yang dikatakan sebuah parti ajaran sesat itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Akta zalim ISA yang terang-terang melanggar hukum Islam itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Amalan media yang sering menimbulkan isu berbentuk fitnah dan provokasi terhadap parti pembangkang boleh menimbulkan kekacauan atau tidak?

Terlalu banyak untuk kita bentangkan betapa Umno yang menjadi tunjang kerajaan sekarang telah menimbulkan kekacauan. Apabila fitnah yang telah dilakukan ke atas DS Anwar semenjak kes liwat pertamanya dahulu hingga kes yang sama untuk kali kedua, tidakkah menyebabkan kekacauan? Malah, isu ini lah yang menjadi kekacauan yang amat besar di dalam negara sehingga sekarang.

Jamil Khir tidak pernah mahu menyebut pemimpin di dalam Umno itu berdosa apabila melakukan kekacauan-kekacauan seperti yang dinyatakan tadi. Mengapa beliau mempertikaikan niat Nurul Izzah? Niat yang berada di dalam hati Nurul Izzah dijadikan modal besar Jamil Khir sedangkan yang terang-terang terjadi sejak turun temurun tidak dipedulikannya. Ikhlaskah Jamil Khir? Jika Jamil Khir sememangnya bersungguh tidak suka kepada orang yang melakukan kekacauan, sepatutnya Jamil Khir tidak berada di dalam Umno. Mungkinkah mata Jamil Khir menjadi `buta' selepas mendapat habuan di dunia ini?

Sebenarnya Jamil Khir semenjak berada di dalam ATM sewaktu memegang jawatan tinggi di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah gagal membentuk warga tentera yang cinta Justify Fullkepada Islam. Pengembangan Islam di dalam ketenteraan sewaktu era beliau tidak dapat dilihat. Tentera kita tidak disemaikan dengan semangat juang dan jihad berlandaskan agama. Maka tidak hairan jika kita melihat terlalu banyak kes salah laku dan moral melanda warga tentera kita./wfauzdin.blogspot.com

KEBERANIAN NURUL IZZAH MEWARISI BAPANYA

Izzah Pertahan Pendirian

26 Ogos - Walaupun diancam dengan tangkapan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, srikandi Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak akan sama-sekali mengubah pendiriannya berhubung skandal rasuah kapal selam Scorpene. Bahkan beliau mengalu-alukan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kandungan temubualnya bersama Tempo, yang membincangkan kecurigaan-kecurigaan disebalik pembelian Scorpene, serta isu kegagalan kapal selam itu untuk menyelam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menyelar Izzah sebagai penderhaka selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia. Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah berdosa kerana Malaysia boleh huru-hara jika keburukan Kerajaan Umno-BN diceritakan kepada orang luar.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Mad Arip menggesa Izzah disiasat dibawah ISA kerana memperkecilkan kemampuan kapal selam Scorpene, yang sebelum ini dilaporkan gagal menyelam selepas pembelian oleh Kerajaan Malaysia. Nurul Izzah berkata, beliau sudah memberi kenyataan bertulis tentang siapa penderhaka yang sebenar dan beliau juga menyatakan Menteri Pertahanan tidak menjawab kenapa tidak ada sokongan tentang siasatan komisyen lima ratus juta Ringgit terhadap Perimekar yang dilakukan oleh suruhanjaya pencegahan rasuah (SPRM).

Persoalan lain yang dtimbulkan oleh beliau adalah kenapa latihan ketenteraan laut dikurang kepada sekali setahun berbanding sebelum ini 3 kali setahun atas alasan mahu jimatkan kos. Izzah sekali lagi menegaskan pandangannya mengenai kegagalan kapal selam negara berfungsi itu bersandarkan kepada jawapan bertulis yang diberikan Zahid Hamidi pada Dewan Rakyat. Tetap dgn pendirian itu, beliau mengulas maklumat tersebut boleh diperolehi umum. “Saya sedia disiasat oleh polis dan sisastan polis pun belum berlangsung lagi. Ini cara kotor dan jijik nak heret saya dibawah siasatan ISA” kata Izzah lagi./TVSelangor

TEWAS DI MAHKAMAH, APA ALASAN FELDA ?

Peguam gagal hadir punca Felda tewas
Ogos 26, 10

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.

- Bernama

Khamis, 26 Ogos 2010

PAS TAKUT DAP - KHALID JAWAB NOH OMAR

Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad
Ogos 26, 10

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Noh dalam wawancara itu secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak berkenaan.

'Berenang dalam arak'

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian.

Khalid bagaimanapun menjelaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatannya ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang berkenaan mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang turut dibangkitkan oleh Noh ketika diwawancara Malaysiakini, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, katanya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya./Malaysiakini

MASALAH PERKAUMAN TIADA JIKA UMNO PUPUS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.

Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.

Presidennya, Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.

"Politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.

"Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.

Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.

"Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.

"MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah tapi pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.," katanya.

Merdeka atau negara polis?

Bagaimana hendak Merdeka tatkala Negara menjadi sebuah negara polis, rakyat menderita disisihkan, dan penunjuk perasaan dibelasah, ditangkap dan dilayan seperti hamba abdi, barangkali lebih teruk lagi? Mengapa pihak berkuasa gagal menghayati semangat kemerdekaan sepertimana yang dimasyhurkan oleh Tunku itu? Barangkali apa yang dilakukan oleh rakyat dengan berprotes dan berdemonstrasi di jalanan adalah disebabkan rasa cinta kepada Negara? Mungkinkah ini manifestasi sifat patriotisme yang melawan segala bentuk kuasa yang menindas rakyat?

Di sebalik acara-acara gilang-gemilang yang dianjurkan Kerajaan untuk kononnya menggambarkan nilai kemerdekaan dan menggalakkan perpaduan, wujudnya semangat kemerdekaan yang amat kuat di kalangan rakyat. Semangat yang jelasnya lebih menggerunkan kerajaan daripada perairan negara yang dicerobohi tentera laut China. Rupanya semangat perjuangan bangsa Malaysia itu masih segar dan masih kuat dalam diri mereka yang turun ke jalanraya untuk melawan kuasa yang menindas.Patrotisme dan semangat nasionalisme bukan dinilai dari bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan mahupun iklan-iklan menyentuh perasaan di televisyen, tetapi dinilai daripada kesanggupan rakyat untuk menyelar dan melawan penguasa yang zalim dan menindas rakyat. Tiada lagi gambaran perpaduan yang lebih bererti ketika melihat anak-anak muda berbilang bangsa bersatu bertempur dengan FRU. Mungkin mereka mencari kemerdekaan, mungkin mereka cuba mempertahankan Negara daripada dasar-dasar yang menyeleweng dan menekan rakyat.

Kami hanya berharap ketegangan di antara rakyat dan pihak penguasa ini tidak bertukar menjadi angka-angka berdarah. Di mata rakyat pula, perjuangan ini telah pun meragut beberapa nyawa yang kini menjadi pembakar semangat dan asas solidariti mereka. Keadaan ekonomi yang gawat dan isu-isu perkauman yang terus dimainkan oleh politikus-politikus pemerintah sangat jelas kelihatan dan amat membimbangkan.

Ke mana agaknya kita sebagai satu bangsa, menjelang hari ulangtahun kemerdekaan? Hanya masa yang bakal merungkainya, sehingga itu kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menghayati Kemerdekaan dan Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfithri kepada semua.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Sumber: Merdeka Review

The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.


KENYATAAN MEDIA


Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS. Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya, ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Rabu, 25 Ogos 2010

PEMILIHAN KETUA AMK - LUAHAN CHEGU BARD

Angin Pemilihan makin terasa...

Angin pemilihan makin terasa. Ramai teman - teman mula resah dan mendesak untuk che'GuBard mengumumkan pendirian untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Malaysia.

Tidak akan umum

che'GuBard dengan ini menyatakan pendirian dengan tegas tidak akan membuat pengumuman bertanding. Kita memilih antara yang terbaik dalam keluarga kenapa perlu heboh - heboh urusan dalam rumah kita. Lebih - lebih lagi dalam keadaan media arus perdana tidak sama sekali menyebelahi kita dan sentiasa umpama serigala lapar bersedia memanipulasi apa juga cerita kecil untuk menyerang parti.

Parti ini telah matang. che'GuBard amat yakin dengan kematangan ahli - ahli muda parti. Mereka bukan orang lain, kebanyakanya ialah mereka yang bergelumang bersama menyambung nafas dan membina parti ini dalam keadaan susah dan senang.

Maka kami saling mengenali dan sudah umpama adik beradik. Anak muda dalam parti ini sudah tentu tidak sama dengan segelintir pengundi yang sering tertipu dengan Bn. Ketika pilihanraya jauh Bn begitu sombong dalam membuat keputusan dan jarang sekali muka pemimpin menjengok rakyat tetapi malangnya ada rakyat yang tertipu apabila dekat pilihanraya pemimpin Bn bersungguh turun bawah dengan perbagai tawaran dan umpan. Sudah tentu tak terlawan dengan pemimpin kita yang sejak habis pilihanraya walaupun tewas di tempat tertentu tetapi tidak henti bekerja siang dan malam tanpa peruntukan dan penuh kepayahan sepanjang masa. Manakala pemimpin Bn dengan perbagai peruntukan dan payung atas nama 'kerajaan' sudah tentu mampu menunggang semua jentera mengambil hati rakyat saat akhir dan selepas menang mereka akan melupakan rakyat sehinggalah pilihanraya akan datang sekali lagi. Sementara rakyat dilupa itulah rakyat yang dihimpit perbagai masalah mencari pemimpin kita untuk diperjuangkan nasib mereka. Sudah tentu ahli muda parti tidak akan sedemikian rupa.

cheGuBard amat yakin selama ini tanpa henti dan letih bersama akar rumput anak muda dlaam parti kita sudah saling mengenali maka tidak perlu perantaraan media bagi menyatakan hasrat apa jua. Lainlah jika kita kita tidak punya hubungan.

Gerakan muda parti pernah mengeluh apabila tidak punya arah dan pimpinan tidak menjengok 'ke bawah' namun bila tiba musim pemilihan ini suasana ternyata berbeza meriah. Apapun ambil semuanya dari sudut positif.

Raikan demokrasi dengan tawaran bukan dengan serangan

Belum pun umum pendirian tetapi mula diserang. Satu pihak menyerang terus secara peribadi dengan mengaitkan che'GuBard dengan hubungan keluarga Ketua Umum. Benar che'GuBard berkahwin dengan anak adik Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah menggunakan kaitan hubungan itu dalam politik. Malah ramai yang tak ketahui sehinggalah ada pihak yang begitu bersungguh pertahan jawatan dalam Angkatan Muda menggunakan isu ini.

Tersebar luar sms "Ketua Umum Anwar, Presiden Isteri, Anak Ahli Parlimen tak kan menantu nak jadi Ketua AMK pula.... ayuh pertahankan XXX yang selama ini berkorban untuk parti" begitulah salinan sms yang diterima dihantar oleh teman yang dapat dari seseorang yang dikenali. Inilah yang che'GuBard gelar tidak bijak dan terlalu ghairah berkempen hingga memancing bencana pada parti.

Contohnya dalam pilihanraya yang lepas kalau ikutkan hubungan keluarga boleh sahaja che'GuBard merengek untuk bertanding kerusi selamat seperti beberapa kelompok pemimpin yang sanggup bertanding jauh dari tempat mereka semata mengejar kemenangan. Tetapi kerusi yang dijanjikan awal kepada che'GuBard di Negeri Sembilan juga di beri kepada orang lain sehingga che'GuBard 'terpaksa' mencari kerusi sendiri. Tapi itu semua enteng dihadapi sebab kita bukan dari kelompok politisi naungan.

Dalam satu pihak lain yang mengejar jawatan dalam AMK pula menggunakan tema menerima naungan pimpinan utama parti. Kononya wahyu menetapkan dia perlu menukar imej gerakan muda kepada gerakan cerdik pandai yang boleh menyaingi anak muda parti lawan. Kononya dia tidak memerlukan jawatan itu tetapi parti dan wahyu yang memaksa dia menerima jawatan itu. Parti ini perlu segera diubah imej dan imej tersebut tidak akan berjaya diubah dan menyaingi anak muda parti lawan jika 'anak jalanan' seperti che'GuBard menerajui.

Tersepit ; satu kata che'GuBard perlu ditolak sebab kerana punya hubungan keluarga dengan pemimpin utama dan satu lagi meminta mereka dipilih kerana dinaungi oleh pemimpin utama.

Gerakan Muda di sebuah negeri di utara pernah menjadi gerakan muda yang membanggakan parti. Namun oleh kerana ingin mengubah imej kerana kita telah membentuk kerajaan maka seorang cerdik pandai yang juga bergelar YB 'diwahyukan' menjadi Ketua anak muda di sana. Sebelum ini gerakan anak muda diterajui oleh anaJustify Fullk muda biasa-biasa sahaja tetapi kukuh dan kuat sehingga memenangkan negeri tersebut. Malangnya apabila anak muda akur menerima ketua Yb 'cerdik pandai' gerakan anak muda di negeri tersebut hampir hancur.

Demokrasi ini harus dirai dengan pesta tawaran dan pertunjukkan kebolehan bukan serangan dan politik naungan. Ahli yang matang dan cerdik akan menjadi hakim dengan melihat semua tawaran dan pertunjukkan kebolehan yang diselarikan dengan kerja buat selama ini maka penghakiman yang wajar harus diberikan./chegubard.blogspot

APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA anda mahu melihat seorang menteri yang bercakap guna `lutut', anda boleh baca temubual bersama menteri itu di sini. Di dalam temubual tersebut, pemimpin Umno dari Selangor jelas menunjukkan kebodohan di tahap `gila babi' sekurang-kurangnya di dalam dua perkara yang dapat saya kesan dari temubual tersebut.

Pertama, apabila menteri tidak cedik itu bercakap mengapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan sedangkan Enakmen hukum tersebut telah pun di luluskan di DUN Kelantan. Kerajaan Pusat tiada kuasa menghalang jika Kerajaan PAS Kelantan ingin laksanakan hukum hudud di Kelantan, katanya. Anda lihat sendiri betapa bahalolnya menteri ini. Mungkin ketika Kerajaan PAS Kelantan menerima surat amaran dari Kerajaan Pusat di bawah Mahathir agar Kelantan tidak laksanakan hukum hudud, di waktu itu menteri ini masih di dalam perut bonda beliau lagi agaknya. Sebab itu beliau tidak tahu apa cerita di Kelantan waktu itu.

Kedua, menteri ini menyebut mengapa Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di Selangor, bahkan banyak tempat perhudian dan kilang arak masih ada di Selangor. Kata menteri dungu ini lagi, PAS pernah menyebut kilang arak terbesar di Selangor ini akan ditutup sebelum ayam berkokok jika PAS memerintah. Sekali lagi kebodohan terlampau dari menteri ini terserlah. Mengapa menteri ini tidak menyebut siapakah yang berkuasa mengeluarkan lesen kilang arak terbesar di Shah Alam itu? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?

Siapakah yang memerintah Pusat sekarang? PAS atau Umno? Semenjak bila kilang arak ditubuhkan, semenjak bila kesemua rumah urut dan kedai arak serta pusat hiburan di Selangor itu wujud? Di zaman MB bawah Umno atau di bawah PR ? Bahkan, usaha Kerajaan Negeri di bawah PR sekarang yang sentiasa berusaha menentukan kesemua gejala tidak sihat di Selangor dapat dikurangkan wajar dipuji. Tiada lagi kedai `7 E' di merata-rata tempat menjual arak seperti di zaman Umno memerintah Selangor. Semuanya dikawal dengan baik sekarang. Keberanian MB Selangor menjemput SPRM berada `sebelah' KKSB bagi mengawal pengurusan dari sebarang unsur rasuah tidak mampu dilakukan oleh MB dari Umno dahulu.

Akhir sekali, menteri ini perasan kununnya Selangor gementar bila diserang dari berbagai penjuru oleh `3 pencacai' iaitu Noh, Anak Toyo dan raja sesumpah. Sebenarnya apa yang mereka serang? Penjuru mana mereka serang? Apabila anak Toyo serang sebelah kiri, terkena batang hidung Noh Omar. Apabila Ezam pula serang, kedua-dua batang idung Noh dan anak Toyo terkena. Begitu juga bila Noh Omar yang serang penjuru kanan, batang hidung anak Toyo juga yang kena. Penutupnya, raja sesumpah akan bersumpah. Begitulah hakikat yang berlaku sepanjang kempen mereka `Selamatkan Selangor'./wfauzdin.blogspot.com

Video terbaru inkues Teoh 'hilang' dari web AG?


Regina Lee
Ogos 25, 10

“Mengapa rakaman terdahulu inkues Teoh Beng Hock dimuat-naikkan di lamanweb Pejabat Peguam Negara, tetapi yang terbaru sengaja ditinggalkan?

“Adakah kerana ia berkaitan dengan persembahan yang kurang memuaskan ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dalam inkues itu?”

Ia antara persoalan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP, hari ini yang mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan laporan inkues terbaru itu membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

“Pejabat AG memuat-naik video perbicaraan di lamanweb mereka sejak hari pertama inkues. Tetapi mengapa memilih tidak menyiarkan yang terbaru?

“Ini cuma menunjukkan mereka adalah berat sebelah, walaupun dalam kes ini mereka sepatutnya berkecuali,” kata Lim dalam sidang medianya hari ini.

Lim juga mencabar pejabat peguam negara untuk memuat-naikkan video berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ji
ka tidak, mereka sepatutnya mengeluarkan semua video yang lain itu,” kata Lim (kanan).

Pada inkues terbaru pada 18 Ogos lalu, ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh Abdul Razak yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Abdul Razak berpendapat keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya. Pornthip menafikan perkara itu dan berkata kesimpulannya adalah berdasarkan pemerhatian dan kerjanya.

Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti tempat beliau belajar, tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip (kiri) menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM,” katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintif./Seterusnya di Malaysiakini

CHEGU BARD BAKAL KETUA AMK YANG BARU ?

Oleh: Mandor


PEMILIHAN jawatan tertinggi di dalam PKR akan berlangsung tidak lama lagi. Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden sudah pasti sengit. Calon popular yang dikatakan akan bertanding adalah seperti YB Azmin Ali, Dato Zaid Ibrahim dan juga Mustafa Kamil Ayub. Pertandingan mungkin diadakan sekiranya Timbalan Presiden sekarang Dr Syed Hussin tidak bertanding.

Pemilihan jawatan Ketua AMK juga menjadi topik hangat waktu ini. Mungkinkah penyandang sekarang Shamsul Iskandar melepaskan jawatannya? Jika ini terjadi, mungkin pertandingan bakal menyaksikan tidak banyak calon, dijangka satu sama satu. Atau, ada calon yang menang tanpa bertanding.

Calon Ketua AMK yang popular diwaktu ini adalah Chegu Bard, seorang tokoh muda yang berani dan telah lali dengan berbagai ujian. Anak muda berasal dari Rembau ini amat popular bahkan ada yang menyebut beliau lebih menonjol dari Sdr Shamsul Iskandar. Sekiranya Chegu Bard dipilih sebagai Ketua AMK, pastinya PKR akan disuntik dengan tenaga baru yang lebih berani.

Jika ada calon lain yang berminat untuk bertanding sebagai Ketua AMK, mereka mestilah dilihat berwibawa dan berani ke hadapan. Samada calon tersebut pernah lahir di zaman reformasi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, beliau mestilah berwibawa, berani dan ikhlas dalam perjuangan. Semua ahli di dalam PKR akan menilai siapakah yang layak untuk menerajui Ketua AMK yang akan berada di saf hadapan apabila bertemu dengan musuh.

Paling menggembirakan, sehingga kini tiada budaya melobi dan mengampu di kalangan calon yang disebutkan di atas. Rasuah atau politik wang seperti amalan Umno jauh sekali. Sesiapa pun yang dipilih, bahu mereka akan dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab yang amat berat. /mandor.blogspot.com

Selasa, 24 Ogos 2010

SAIFUL BERSUMPAH, NAJIB PUN BERSUMPAH, JIKA EZAM MAHU BERSUMPAH ITU DIA PUNYA PASAL - WAN AZIZAH

Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah:

Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?

Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.

Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.

Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah." Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."

Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?

Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.

Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?

Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa./AgendaDaily

KETUA AMK - CHEGU BARD VS RAFIZI ?

Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September hingga 3 Oktober depan. Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim, banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Terdapat ursa-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat. Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?. Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?

Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR

Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul. Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama. Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.


Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis

Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut. Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.

Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) . Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu. Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?. Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009. Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit. Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard "berkompromi" dengan Rafizi. Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara "anak jantan". Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada "tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?. Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].

Sumber: Pahang Daily

IMEJ NEGARA SUDAH LAMA TERCALAR BUKAN KERANA NURUL IZZAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin begitu gusar apabila negara luar semakin memandang serong negara ini. Bagi menyembunyikan kegusarannya, menteri tersebut menuding jari ke arah Pembangkang yang kununnya banya mendedahkan keburukan negara ini ke pihak luar. Tuduhan ke atas YB Nurul Izzah jelas menampakkan kegusaran pemimpin Umno. Artikel ini merujuk kepada laporan Bernama di sini.

Persoalannya, apakah sebelum YB Nurul Izzah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini imej negara kita berada di tahap yang terbaik? Sebenarnya sudah berpuluh tahun khususnya selepas berlaku konspirasi terhadap DS Anwar, imej negara ini begitu merudum sekali. Bukan sedikit negara luar yang melahirkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas DS Anwar tokoh ternama Asia dan dunia itu. Keganjilan yang berlaku di dalam sistem kehakiman negara benar-benar menarik perhatian mereka.

Kes pembunuhan Altantuya juga menarik minat negara luar kerana korbannya adalah rakyat asing yang dibunuh `tanpa ada sebab atau motif''. Mereka mengetahui kisah ini bukan dari mulut YB Nurul Izzah kerana pemimpin dunia luar lebih cerdik dari pemimpin negara kita.

Pemimpin negara kita tidak kurang hebatnya bercerita tentang keburukan Pembangkang di luar negara. DS Anwar sering diperkatakan sebagai `peliwat' oleh pemimpin negara dan kisahnya dijaja ke merata negara. Namun, negara luar bukannya mudah untuk diperbodohkan. Oleh itu, pemimpin Umno mulai merasa tertekan dengan segala bentuk persoalan yang dikemukakan oleh pihak luar.

Imej negara kita kini sememangnya terjejas akibat salah pemimpin kita sendiri. Di dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak lagi boleh menyembunyikan apa jua dari diketahui pihak luar. Apakah kita mahu negara luar memandang tinggi pemimpin negara kita sedangkan rakyat sendiri semakin menolak mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Isu Khutbah Jumaat: Bagaimana kalau doakan KM/MB bukan PR?

Nazar Hashim

Aug 23, 2010

Sejak seminggu yang lalu isu doa khutbah Jumaat telah menjadi satu perkara hangat yang diperkatakan setelah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kekecewaan beliau selepas mempegerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor pada 19 Ogos.

Pendedahan beliau yang menyatakan terdapat khatib di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong telah mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kanan) menggantikan doa yang sepatutnya dibacakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Namun begitu isu ini dengan spontan mendapat reaksi positif dari UMNO dan Barisan Nasional setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat penafian atas apa yang didakwa berlaku dalam bacaan doa khutbah tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan beliau pada 20 Ogos di pejabatnya telah menafikan dakwaan yang dibuat berdasarkan kepada teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) memang tidak meletakkan nama Ketua Menteri sebagai doa dalam khutbah tersebut.

Manakala dalam sidang media pada 21 Ogos pula, sekali lagi Abdul Malik (gambar kiri) bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa telah memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadikan isu agama sebagai meraih sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Mujahid: Masalahnya istilah "ganti"

Mujahid dalam kenyataannya juga meminta UMNO supaya mengenal pasti dengan bukti ada khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan media tersebut beliau juga berkata, jika doa untuk meminta kesejahteraan adalah "standard" dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

"Namun jika doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, saya rasa itu tidak ada masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri."

"Apa yang menjadi isu iaitu satu fitnah UMNO terhadap Kerajaan Negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan UMNO untuk menimbulkan kemarahan rakyat di Pulau Pinang," katanya lagi.

MAZA: Tidak salah untuk doakan sesiapa, tapi...

Sementara itu bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kanan, lelaki bersongkok) dalam kenyataan beliau turut menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda turut mendoakan supaya Allah s.w.t.menurunkan hidayah kepada Sayyidina Umar Al Khattab supaya menerima agama Islam.

"Sebenarnya tidak salah untuk mendoakan kepada sesiapa, tetapi kita perlu melihat konteks doa itu sendiri, apakah tujuan dan matlamat doa ini. Pada asalnya di dalam mana-mana khutbah, tidak semestinya perlu menyebut nama sesiapa kerana ia bukan menjadi rukun bagi khutbah."

Beliau menyambung, "Bagaimana pun sekiranya ingin menyebut nama seseorang di dalam khutbah tidak menjadi satu kesalahan."

Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor dan Masjid Jamek Kubang Buaya (gambar kiri), Butterworth adalah antara masjid yang telah dikenal pasti berlakunya bacaan doa khutbah oleh ustaz Zakaria Ahmad selaku khatib jemputan.

Turut didakwa berlakunya bacaan doa khutbah yang melibatkan nama Ketua Menteri ialah masjid dalam kawasan Jelutong dan Permatang Pauh. Namun begitu sehingga ini belum ada nama masjid yang tepat dinyatakan.

Rentetan daripada itu dalam sidang media semalam yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain kesepakatan yang dicapai ialah menyarankan supaya tindakan diambil terhadap khatib yang terlibat sekiranya terbukti kebenarannya.

Mansor (gambar kanan) juga mendakwa tuduhan yang dibuat oleh UMNO terhadap Kerajaan Negeri dalam isu doa khutbah Jumaat ini adalah fitnah jahat seolah-olah arahan dari Kerajaan Negeri untuk menggunakan nama Lim Guan Eng.

Beliau juga berkata, Lim tidak pernah menerima atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama beliau dalam teks khutbah Jumaat seperti yang didakwa oleh UMNO.

Bagaimana kalau KM/MB bukan dari PR?

Dalam pada itu sepatutnya semua pihak tidak menjadikan isu agama sebegini sebagai satu modal politik walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Ulama dan para ilmuan agama harus bangun dan menyatakan hakikat kebenaran isu doa dalam khutbah kedua solat Jumaat ini. Apakah ianya menggugat khutbah Jumaat tersebut dari segi sah atau sebaliknya?

Sudah pasti masyarakat yang kurang mahir dalam ilmu agama dan syarat sah serta rukun khutbah yang tidak mewajibkan doa untuk dibaca kepada mana-mana pemimpin ini akan tertanya-tanya kedudukan sebenarnya.

Apa yang pasti lima rukun khutbah wajib ada. Pertamanya ialah dimulai dengan pujian bagi Allah seperti Alhamdulillah. Keduanya diikuti dengan salawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Yang ketiganya ialah mengandungi pesanan kepada jemaah agar bertaqwa kepada Allah. Yang keempatnya pula ialah membaca satu ayat Al-Quran samada pada khutbah pertama atau kedua. Yang akhirnya ialah mendoakan setiap muslim pada khutbah kedua.

Apabila polemik ini timbul maka kemungkinan besar masyarakat akan bertanya bagaimana pula sekiranya doa dibacakan untuk pemimpin seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri yang datangnya dari parti lain selain dari Pakatan Rakyat? Persoalan juga kemungkinan timbul apakah akan wujud juga bantahan sedemikian terhadap khatib tersebut sepertimana yang berlaku kini?

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

TOLONGLAH AJAR KAMI BAB DOA WAHAI ULAMAK KU...

ULAMA TUA DAN ULAMA MUDA UMNO KENA AJAR PEMIMPIN MEREKA BAB DOA


Riuh rendah dan gegak gempita betul canang pemimpin Umno isu doa di Pulau Pinang. Al kisahnya ada beberapa khatib yang membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah memeluk Islam. Isunya telah dipusingkan 360 darjah, bukan lagi isu mendoakan bukan Islam agar diberi hidayah tetapi puak-puak Umno main isu seolah-olah ada arahan dari kerajaan negeri yang diterajui DAP agar buang nama DYMM Agonng digantikan dengan nama pemimpin DAP.

PM dan TPM juga tumpang semangkuk meminta satu siasatan dijalankan kerana katanya perbuatan tersebut serius, melampau dan tidak boleh diterima. Kata suruh siasat tapi awal-awal lagi dah jatuh hukuman...

Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu isu ini sengaja diperbesarkan dan dimanipulasi Umno dengan menambah perisa dan perencah dengan tujuan mewujudkan sentimen kaum dan agama di negara ini. Perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia yang sihat dan waras.

Walhal menurut salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Ahmad dari masjid Jelutong tujuannya ialah supaya Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya memeluk Islam. Malah perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Mengapa sekarang baru jadi isu? Itu pun salah ke? Ulama tua dan ulama muda dalam Umno tolong ajar dan nasihat sikit pemimpin mereka supaya tidak menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Islam.

Ulama tua dan ulama muda dalam Umno kena juga beri nasihat kepada pemimpin mereka bahawa buat solat hajat, baca surah Yassin untuk P Kalamathan di Hulu Selangor dulu mereka guna ayat Quran dan hadis mana untuk menghalalkan tindakan dan fatwa mereka?

Sumber: angkasanuri

MEREKA BUAT FITNAH, SURUH ORANG LAIN LETAK JAWATAN

Taubatlah, kata Malik

Exco Pulau Pinang Abul Malik Kassim tidak akan tunduk kepada gesaan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk meletak jawatan, sebaliknya meminta mereka segera bertaubat. Ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesilapan , sebaliknya Pemuda Umno yang membawa fakta salah dalam isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah.

Gesaan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan meminta Malik meletak jawatan kerana gagal menangani isu penggunaan nama Guan Eng dalam khutbah disifatkan oleh beliau sebagai pendekatan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran dari kesilapan mereka membuat fitnah adal isu penyebutan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat itu. Beliau yang turut menasihatkan pihak terbabit untuk bertaubat turut menjelaskan khutbah oleh salah seorang khatib, Zakaria Ahmad yang dikatakan mendoakan keselamatan Guan Eng adalah sebaliknya cuma memohon supaya Ketua Menteri Pulau Pinang menerima hidayah-Nya.

Malah menurut beliau lagi, sejak zaman Rasullah SAW lagi, sudah wujud doa supaya pemimpin bukan Islam diberikan petunjuk dan hidayah. Bagi Malik, serangan berterusan ke atas Guan Eng dibuat sebagai tindak balas berikutan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharam judi bola. Guan Eng dianggap antara pemimpin bukan Islam yang mesra dan akrab dengan umat Islam, malah membawa dasar yang menguntungkan institusi Islam di Pulau Pinang. – FARDILLA DIN/TVSelangor

Isnin, 23 Ogos 2010

SURAU DISIMBAH CAT DI SEREMBAN, KERJA SIAPA ?

DAP kutuk simbah cat merah pada surau
Ogos 23, 10

DAP mengutuk sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah pagi tadi

"Kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat, tetapi juga perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam masyarakat demokrasi berperlembagaan, bertamadun dan madani," kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

"Pihak yang bertanggungjawab (melakukannya) mungkin merasakan provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, DAP berharap pihak polis bertindak cepat menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukannya dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindari budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Dalam kejadian tersebut, cat merah disimbah pada bahagian belakang surau tersebut yang baru beberapa minggu mula digunakan.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

S
urau tersebut baru sebulan siap dibina tetapi belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan./Malaysiakini

TAHI LEKAT KAT BONTOT, TUDUH ORANG LAIN BERAK


Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.

Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah ‘tahi-tahi’ Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program ‘selamatkan selangor’ telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

“Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap,” katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

“Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya,” kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan.

RAJA SESUMPAH BAWA BUKTI DAN SAKSI DULU, JANGAN SIBUK MAHU BERSUMPAH SAJA


Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA merasa gembira apabila raja sesumpah Ezam bersedia untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menghadapi kes Qazaf yang difailkan oleh AMK. Kes Qazaf tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan raja sesumpah terhadap DS Anwar yang mana melibatkan juga DS Wan Azizah.

Cuma, usah raja sesumpah sibuk untuk menunjukkan kemahirannya untuk bersumpah di dalam Mahkamah Syariah nanti. Raja sesumpah perlu membawa hujah, fakta, bukti dan saksi untuk menguatkan tuduhannya, bukan hanya bergantung kepada sumpah-sumpah yang lazim beliau lakukan dari dulu, kini dan selamanya.

Andainya beratus kali beliau bersumpah sekali pun, kita sudah kenal siapa mamat Ezam ini. Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan DS Anwar diaibkan dan Najib diangkat. Mengapa tiada cabaran dari raja sesumpah untuk Saiful agar Saiful juga bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan wanita itu? Mengapa raja sesumpah juga tidak mencabar rakannya Zahid Md Arip yang mengaitkan Ghani Harun tentang hubungan bersama isteri raja sesumpah sewaktu raja sesumpah di dalam penjara. Anda boleh baca kisah ini di dalam blog Chegubard. /wfauzdin.blogspot.com

NEGERI SEKOLAH MENGANDUNG PECAH REKOD KHATAM AL-QURAN ?

Eh! Khatam Al Quran Nak Pecah Rekod Pula


Oleh laniisma

"Maka tersohorlah Melaka di Malaysia dan di seluruh dunia Islam kerana 15,033 murid sekolah berusia 10 dan 11 tahun dari seluruh Melaka pada khatam Al-Quran beramai-ramai . Layaklah tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Ali Rustam berkata ia ingin mengalahkan Terengganu pada tahun lepas yang murid-murid khatam Al-Quran dengan penyertaan 13,877 orang. Ali berkata, ia adalah usaha yang baik untuk kita menanam cinta al-Quran dari muda agar mereka menjadi pelajar dan anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka dapat mengelakkan diri daripada keruntuhan akhlak seterusnya mengurangkan masalah sosial.

Baguslah kalau dah berlumba-lumba khatam Al Quran kerana ingin dimasukkan ke dalam rekod. Bagaimana istilah khatam Al quran yang diguna-pakai kini? Adakah dengan cara mengikut bacaan guru secara berterusan sehingga habis, ikut sahaja, ia dikira khatam Al Quran. Selepas itu apabila diminta untuk membacanya semula, mereka ternganga-nganga. Apakah ini kriteria khatam Al Quran? Ada sesiapa yang mengetahui, ceritalahh sedikit.

Seingat kita dulu-dulu, nak khatam Quran ini susah, silap-silap makan rotan juga. Kalau dah khatam siap dibuat pulut kuning lagi untuk dihadiahkan kepada guru. Kita pergi mengaji, sebelum membaca tempat yang sepatutnya kita baca, kita kena ‘perderas’ dahulu. Pederas ini kita akan membaca sebahagian ayat-ayat yang terdahulu secara bersambungan dari hari ke sehari. Selepas itu kita membaca ditempat sepatutnya, kalau guru berkata kita boleh dialih ke aya-ayat seterusnya, barulah kita boleh alih. Dengan cara ini apabila disuruh kita membaca ayat-ayat sebelumnya, kita boleh membacanya. Inilah yang dibuat sehingga kita mendapat anugerah Khatam Al Quran.

Apa-apa pun, carilah nama, ciptalah rekod, bersainglah. Boleh baca ke, tak boleh baca ke, itu belakang kira. Yang pentingnya nama negeri mencipta rekod. Tak ada ke negeri yang nak mencipta rekod menyusun Al Quran terpanjang ke, tertinggi ke. Ini juga boleh menyemarakkan cinta Al Quran ni.

www.ek-ele.co.cc

SIAPA RAJA KATAK MAHU HALAU ORANG ?

"Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...."

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang.”

“Jangan hipokrit,” kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu.

Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah.

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.

Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan.

“Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar,” katanya.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih member tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan “berkata itu dan ini.”

“Komen saya terhadap Koh Tsu Koon yang tegur saya, suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

“Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat,” katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

“Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus,” katanya lagi.

/(Malaysia insider)

DOA UNTUK KM P.PINANG - LEBIH DUA TAHUN BARU UMNO SEDAR ?

Maka semalam, hebohlah di kaca TV perihal ada pula saksi yang mengaku mendengar khatib membaca doa khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng dan bukan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukan main sedap saksi itu "menjual minyak" kononnya dia dengar dengan telinga dia sendiri khatib menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Malah dengan nada banggaya dia mengatakan barang sesiapa yang tidak mendengar semua itu ternyata mereka "memang pekak".

Maksudnya hanya dia seorang jer yang mendengarnya. Bukankah melucukan bunyinya. Jemaah yang begitu ramai itu, hanya dia sahaja yang mendengarnya. Apakah benar dia mendengarnya atau dia tertidur dan bermimpi semasa khatib membaca khutbah. Anehnya pula dalam laporan itu beliau mengatakan perkara itu sudah berlaku sejak tiga bulan yang lalu.

Sementara itu Badan Perhubungan UMNO negeri pula mendakwa, nama Agong atau Yang Dipertua Negeri mulai tidak disebut dalam doa khutbah Jumaat sejak pakatan pembangkang menguasai negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Punya dasyat kejadian itu, kenapa selepas lebih dua tahun baru "ulamak UMNO" menyedari kes tersebut?. Sedangkan kita tahu, UMNO memang kerjanya mencari jalan untuk menghuru-harakan Kerajaan Negeri Pakat Rakyat. Makanya jika ada isu-isu panas pasti akan dibongkarkan segera.

Soalnya kenapa isu ini perlu mengambil masa begitu lama untuk didedahkan. Jika benar, sudah pastilah mereka sudah mempunyai bukti skrip bacaaan doa khutbah terbabit atau membuat rakamkan khutbah berkenaan untuk digunakan dalam kes ini. Jika sekadar menuduh rambang dan menggunakan beberapa orang bekas Imam UMNO, JKKK UMNO dan pemimpin PAS yang murtad itu masih belum kuat untuk menyokong hujjah mereka sebenarnya. Bukankah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mendedahkan bahawa tiada kejadian seperti itu berlaku. Namun, kenapakah isu ini terus dipanaskan oleh media. Malah, media arus perdana begitu taksub menemuramah beberapa individu yang dikatakan "saksi utama" isu tersebut.

[Terkadang lucu juga melihat adengan yang berlaku ini. Tidak masuk dek akal khatib akan berbuat apa yang diperkatakan sebenarnya. Apakah puak-puak UMNO fikir, khatib terbabit begitu bodoh dan bangang macam mereka?. Maka itu biarlah mereka terus memainkan isu ini. Tambah menarik ada pula dua tiga laporan polis di buat dan PM sendiri mengarahkan pihak polis membuat siasatan segera kes ini. Seolah-olah UMNO amat prihatin dan menjaga kesucian agama Islam. Walhal,, jika ada pun bacaan doa untuk Lim Guan Eng... apa masalahnya?. Manalah tau esok lusa Ketua Menteri Pulau Pinang itu terbuka hati untuk masuk Islam. Siapa tahukan, maka terbeliak biji mata puak-puak UMNO itu agaknya. Justeru itu, rakyat seluruh negara digesa agar tidak panik dengan apa yang berlaku ini. Apapun, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membawa perubahan ini].

Sumber: PahangDaiy

Ahad, 22 Ogos 2010

MELAYU P.PINANG SERAHKAN SAJA PADA PAS, HABIS CERITA

PAS: Isu khutbah 'fitnah dan pembohongan' Umno

Susan Loone
Ogos 22, 10

PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh kepada DAP dalam menyangkal dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Timbalan pesuruhjaya PAS negeri, Mujahid Yusof Rawa (kanan), menuduh Umno melakukan "fitnah dan kebohongan" apabila mendakwa bahawa beberapa kathib atau imam di Pulau Pinang telah menggunakan nama Lim untuk menggantikan nama Seri Paduka, sedangkan dakwaan itu belum terbukti.

"Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan," kata Mujahid yang juga ahli parlimen PAS Parit Buntar.

"Jika kita ingin bermain politik, kita tidak boleh melebihi batasannya, terutama pada bulan ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mujahid yang pengerusi PAS Bayan Baru berkata, PAS menolak kenyataan-kenyataan yang berunsur 'fitnah' yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya menyerahkan kepada PAS tugas membela hak orang Melayu di Pulau Pinang," katanya./Malaysiakini