RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 31 Oktober 2009

KENAPA YB BADRUL JAHIL SANGAT?


"ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR. Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti. " sumber : http://www.malaysiakini.com/news/116238

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh. Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal.

Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat. Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini. Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini. Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A .

Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut. Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan. Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian. Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui.

Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.
Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya. Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit. Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu! Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.
Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan. Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain.

Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.
Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil. Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan.

Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.
Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!
/
Detikdaily Forum
http://anwaribrahimblog.com/2009/09/19/siapa-sebenarnya-yang-melengahkan-perbicaraan/

SIAPA YANG DOAKAN TUAN GURU MATI?

Thursday, October 29, 2009

Al Kisah blogger2 UMNO yang dijemput ke program anjuran Roslan SMS di rumah Dato Hasan sudah mula berpeluh ketiak. Mereka mula menulis beberapa penafian kononnya mereka dijemput oleh orang itu dan ini.

Mahaguru59 telah menafikan yang Akramsyah Sanusi dijemput oleh Roslan SMS. Dia kata:

“Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.

Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.

Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.

Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!”

Dia lupa bahawa kehadiran dia sendiri DIPERSOALKAN juga. Tak kira la sapa dia jemput, tapi kehadiran orang yang pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat seperti Mahaguru59 menunjukkan kepada kita bahawa majlis tersebut adalah majlis yang amat hina disisi semua ahli PAS.

Oleh kerana Mahaguru59 itu sudah “kotor”, maka secara otomatik dia akan jemput orang-orang yang kotor juga.

Kalau Roslan SMS dan penganjur program ni berfikir pasal PAS dan mahu menguatkan PAS sudah tentu dia tak jemput orang macam Mahaguru58 ni. Saya petik komen dari seorang pembaca saya bernama Nizam Mahmud:

"Nizam Mahmud said...

saudara,

satu artikel dari mahaguru bodoh nie yang betul2 menyentuh hati saya.

saya bukan nya penyokong PAS pun. tapi sifat kurang ajar mamak yang mengaku
membela melayu nie memang terserlah sangat.

saya ambik dari artikel dia tanpa kebenaran mamak tua ni;

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/03/perpaduan-ummah-malaysia-apa-yang.html

dia kata:

Saya kira hanya bilamana jendalu ini sudah
kembali ke sisi Allah Azza Wa Jalla, baru akan ada ruang dan peluang untuk UMNO
dan PAS kembali bertaut rapat, sehati sejiwa dan sepasukan menjulang Daulah
Islamiyyah.

Bersama samalah kita doakan saat tibanya hari bahagia itu nanti.

Mamak nie doa kan Ustaz Nik Aziz mati!

Lepas tue, tak cukup lagi, dalam ruangan komen:

Bagi saya, tak lama lagi akan kita mendengar
berita kepulangan sipolan bin sipolan yang menghalang perpaduan antara ummah.

Bilamana saat itu menjelang tiba, fajar baru akan menyingsing dibumi bertuah ini.

Percayalah.

Tidak tertongkat dek langit; tidak kan kekal makhluk yang hanya bersifat
sementara.

Yang konon beraja dimata akan padam jua dan yang mengganggap diri sempurna kan
punah jua.

Bersama sama lah kita menanti kabarnya.

Insya Allah!

KOMEN SAYA

Saya bukan penyokong PAS. Tapi saya hormatkan Nik Aziz kerana dia antara MB yang
dari dulu hidup dengan amat sederhana, malah rumah saya lagi besar dari rumah dia.

Ada kala nya saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pendapat beliau tetapi
bagi saya itu lumrah lah. Tak kan semua orang satu pendapat.

Tapi saya dan ramai lagi menganggap bahawa Nik Aziz merupakan tokoh Melayu yang
menyerlah dan hebat. Dari segi perawakan dan juga contoh2 pentadbiran yang
dikagumi.

Saya bukan penyokong Nik Aziz tapi saya amat marah, muak dan meluat dengan Mamak
tua yang kurang ajar. Hanya kerana berbeza pendirian dia doakan orang yang baik
mati.

Saya baca bahawa Mamak bodoh nie adalah Presiden untuk Muslim Bloggers Alliance.
Inikan sikap Presiden kepada sebuah pertubuhan Islam?

Bila selisih pendapat, doa orang tue mati?

Sedangkan Nabi tak doakan orang Taif yang lontar batu dekat baginda sampai luka
supaya mati cepat, malah di doakan agar keturunan dari orang Taif jadi orang
yang beriman!

Saya ada satu ayat untuk mamak tua yang mengaku mahaguru nie, KURANG AJAR dan
CELAKA! Mak engkau nie tak pernah ajar engkau adab sopan ker? Bodoh mamak india
tapi tak malu mengaku sebagai pembela Melayu.

Dan saya mengaku saya bukan orang Islam yang baik, amat jauh dari beza dari Nik
Aziz.

Oleh itu, atas keceluparan dan kurang ajar mamak tua tue, dengan ini saya juga
nak kurang ajar dan saya doakan dia yang mati dulu sebelum Nik Aziz.

Ya Allah, kabulkan hajat hamba mu ini!

Amin!"


Si Mahaguru58 ni dok ulang fitnah UMNO kepada PAS. Misalnya, dia kata PAS dulu kafirkan UMNO sebab kerjasama dengan orang kafir, padahal skrg PAS kerjasama dengan DAP.

Mahaguru58 yang bengap ni tak sedar, mana pernah PAS kafirkan UMNO. Ini semua fitnah UMNO sebab kalau PAS pernah mengkafirkan UMNO, nescaya PAS sudah lama didakwa dalam Mahkamah Syariah.

Jadi soalnya sekarang, MENGAPA JEMPUT BLOGGER yang TELAH BERSIKAP KURANG AJAR dan BIADAP kepada Mursyidul AM PAS?

Dengan Roslan SMS menjemput si Mahaguru58 yang jahat ini, bererti Roslan SMS telah MENGHINA Tok Guru Nik Aziz. Bila kita bermusuh dengan syaitan, jin pun kita tak boleh berkawan sebab jin ni adik beradik syaitan.

Jadi, nasihat pada Akramsyah dan Mahaguru59, tak payah menegak benang basah. Kedatangan korang ke majlis itu sudah cukup untuk menghina majlis tersebut, sekaligus menjadikan taraf Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sama taraf dengan penerus propaganda UMNO.

Kalau saya, orang mcam Mahaguru58 ni saya tak izin masuk rumah saya. Orang macam dia ni lebih hina dari binatang. Sanggup berdoa Tok Guru Nik Aziz mati. Sapa dia ni? Hebat sangat ke? Wara’ sangat ke?

Berkenaan Akramsyah Sanusi, saya baru pegi blog dia dan saya minta dia tunjuk bukti konkrit di mana kerajaan PAkatan Rakyat Selangor ada menjatuhkan ISlam atau Melayu di Selangor.

Dia bagi contoh cadangan wang zakat untuk pembangunan. Bila saya check rupanya salah faham terhadap kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan sampai hari ini, saat ini si Akramsyah tak dapat bagi bukti adanya usaha menjatuhkan Islam dan Melayu di Selangor tercinta ni.

Yang ada hanyalah salakan-salakan anjing yang kerap diulang-ulang tapi sebenarnya tiada apa2.

Bacalah perdebatan saya dengan Akramsyah Sanusi di http://thoughtsintangents.blogspot.com/2009/10/berdialog-santai-sejenak-dengan-yb-dato.html.

Mahaguru58, Akramsyah, MSO etc semuanya ada REKOD berbohong dan memfitnah serta menghina pimpinan PAS.

APASAL SI ROSLAN SMS PEGI BUAT PERJUMPAAN TERTUTUP DENGAN DIORANG. Apasal tak boleh buat perjumpaan terbuka? Apasal berahsia-rahsia? Ertinya menjemput diroang ni sahaja sudah menjadi isu besar.

Dan rakaman perjumpaan tersebut sudahpun jatuh ke tangan JK Disiplin PAS Pusat. Inshaalah, keadilan akan terserlah juga.

Hahahahaha kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah. /Malaysiawaves

Tulang Besi

Jumaat, 30 Oktober 2009

Di sebalik tabir mesyuarat PAS


Jimadie Shah Othman
Okt 30, 09
12:25pm

Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut./Malaysiakini

Lembaga Disiplin PAS bersidang esok

Harakahdaily
Fri | Oct 30, 09
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.

"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

ImageArahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.

Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.

Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.

Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.

"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.

Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil. _/Harakahdaily

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Mahu Siasatan Dipercepatkan

SHAH ALAM, 29 Okt (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari Khamis meminta siasatan ke atas PAS Selangor oleh Lembaga Disiplin parti dipercepatkan.

"Kita terima kalau nak dibawa ke Lembaga Disiplin... tidak ada masalah. Saya yakin PAS Selangor akan dapat membersihkan namanya dan saya minta supaya dalam kita membawanya ke Lembaga Disiplin kalau terbukti tidak benar segala dakwaan supaya mereka yang membawa dakwaan itu diambil tindakan tegas," katanya di sini hari Khamis.

Iskandar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor ketika diminta mengulas laporan berita PAS Selangor akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam semalam memutuskan PAS Selangor dihadapkan ke Lembaga Disiplin berhubung isu-isu yang dibangkitkan Pesuruhjaya negeri itu Dr Hasan Ali.

Ditanya sama ada PAS Selangor kini berpecah dan berpuak-puak, Iskandar berkata: "Saya tak tahu sebab itu orang spekulasi."

-- BERNAMA

Khamis, 29 Oktober 2009

SERAH PITA RAKAMAN KEPADA JK DISIPLIN PAS

Thursday, October 29, 2009

Oleh : albanjari/MRK albanjari
Khamis. 29hb.Oktober. Alhamdulillah pada tepat jam 1.50am, semua yang mengharapkan butir keputusan dari Mesyuarat Khas telahpun diketahui. 4 jam mereka bermesyuarat. Hangat dan mendebarkan. Lebih 70 peratus ahli Jawatankuasa yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk memberi 'tindakan' kepada Dr. Hassan Ali. Isu 'pita rakaman' pertemuan itu juga turut dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Isu Pita Rakaman :

Awal pagi ini, saya dihubungi oleh seorang teman pimpinan yang meminta supaya rakaman yang saya miliki itu diserahkan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat. 'pita rakaman' itu akan dijadikan sebahagian bukti siasatan. Dan satu arahan juga telah dikeluarkan kepada saya untuk bertindak 'memadam hapus' mastercopy rakaman penuh tersebut.

Pada pagi ini juga, saya telah menghubungi Dato' Tuan Ibrahim sebentar tadi untuk bercakap sendiri dengan beliau dan beliau mengesahkan arahan tersebut. Serahan segera akan dilakukan pada hari ini juga. Salinan tersebut akan dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang akan dijalankan selepas ini. Insyaallah pada pagi ini saya akan bertolak ke Pahang untuk menyerahkan sendiri salinan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar dan mendapatkan rakaman tersebut, selepas ini sila berhubung terus dengan Dato' Tuan Ibrahim. Terus terang saya jelaskan di sini, bahawa saya MRK albanjari dan Tuan albanjari sendiri (editor albanjari online) tidak putus dihubungi oleh individu-individu yang tidak dikenali yang mahukan rakaman tersebut sejak petang kelmarin sehingga pada pagi ini.

Wallahi ! Jika wajar dibayar dengan nyawa, saya bayar dengan nyawa saya. Ini adalah amanah parti. Maka dengan itu sesiapa jua tidak kira apa jawatannya di dalam kepimpinan, hatta Tuan Presiden sendiri mahupun Tuan Mursyidul Am PAS, saya tidak akan sekali-kali akan menyerahkan 'rakaman' ini jika pun diminta.

Hormatilah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat dan Ketua yang dilantik dari Mesyuarat Khas malam tadi yang akan mengepalai kes dan siasatan ini.

Dan pada hari ini, Insyaallah 'pita rakaman' itu akan diserahkan kepada beliau atas arahan parti. Dalam keadaan dua darurat ini, yang kami hadapi sekarang, kami memilih untuk mengambil darurat yang ringan dari terjerumus ke dalam darurat yang lebih besar implikasinya dan boleh mengeruhkan lagi keadaan di dalam jamaah dan PAS./Al-banjari online

INILAH KERJA PUAK PRO UMNO, JK DISIPLIN PAS MESTI SIASAT

Tuesday, October 27, 2009

Sesungguhnya saya mendapat laporan telah berlaku perjumpaan anjuran Roslan SMS dan Ustaz Mat Zain di KUIS tempohari untuk membincangkan bagaimana hendak menangani masalah2 blogger yang ramai dan majoriti “hostile” pada kepimpinan PAS Selangor (tak tau betul ke tidak).

Tidak sangka2 saya satu perjumpaan telah dianjurkan dengan beberapa orang blogger UMNO (dan PAS ada jugak) yang mana blogger2 ini jelas menampakkan kebencian mereka kepada Tok Guru Nik Aziz kita. Namun, mereka dijemput dalam satu pertemuan ramah mesra dengan kepimpinan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dato Hasan Ali.

Misalnya, dijemput dalam majlis itu, si Mahaguru59. Saya menulis satu artikel khas mendedahkan bagaimana dia pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat. Juga dalam jemputan adalah Akasyah Sanusi Junid yang merupakan anak kepada Sanusi Junid, musuh tradisi PAS Pusat dan juga kawan saya satu sekolah agama dulu. Beliau juga tidak kurang nista dan fitnah beliau ke atas Tuan Guru Nik Aziz yang kita cintai itu.

Ada juga Mohammad Sayuti Omar/MOS/Tinta Merah yang juga saya telah jelaskan aktiviti beliau memfitnah Dato Husam Musa sehingga imej Kerajaan Kelantan terjejas sedikit akibat laporan BPR yang dilakukan oleh Norzula Mat Diah. Norzula telah membuat beberapa laporan BPR berdasarkan kepada artikel2 yang diterbitkan oleh MSO hasil dari rasa marah MSO kepada Husam kerana tidak mahu membantu rakan bisnes beliau yang UMNO dalam isu pembelian kambing Jamnapuri.

Ada juga Azizi Abdullah yang juga terkenal pro kepada Fraksi UMNO. Dan lain-lain lagi. Ada juga seekor blogger yang menggunakan nama “Blog GOmo” yang memanggil Tok Guru kita dengan nama Nik Ajis.

Selain dari itu, dijemput juga seorang Blogger nama Al Brangi yang memang baiaah kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kalau baca laporan beliau amat berlawanan dengan laporan blog dari Al Banjari yang juga telah dijemput.

Tup tup dia pegi jemput juga Al Banjari, tu yang meletup isu ini sampai ke puncak.
Dari pembacaan saya pertemuan tersebut adalah untuk membina satu pasukan blogger yang mampu mempertahankan kepimpinan PAS Selangor dan juga Fraksi UMNO di dalam usaha mereka membawa PAS kepada UMNO.

Perkataan2 Yang Tidak Enak Yang Diungkapkan Di Hadapan Blogger UMNO

Oleh kerana Al Banjari mempunyai imej yang hanya berkata benar dan mempunyai rekod bersih berkata benar, maka di bawah di bawa beberapa ungkapan yang telah diungkap oleh Ustaz Nasa dan HAsan Ali di hadapan blogger2 UMNO yang dilaporkan di blog beliau:

Dilaporkan dalam blog Al Banjari bahawa telah berlaku satu pertemuan antara Blogger dgn Dato Hasan dan ustaz Nasauddin Mat Isa di kediaman Dato Hasan di Pinggir Taman Tun Dr Ismail.

Laporan beliau adalah:
a. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di
bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam
perbincangan ini.
b.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini.
Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi
Pas.
c.Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap
dalam politik Pas.
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Al Banjari memberi respon kepada laporan dari seorang blogger UMNO yang turut dijemput. Dan beliau mengesahkan ungkapan2 di atas telah datang dari kepimpinan PAS yang hadzir. Al Banjari kata dia ada recording lagi berkaitan dengan perjumpaan tersebut bagi menentang laporan2 liar dari sumber2 UMNO.

Walaubagaimanapun, ungkapan2 di atas DISAHKAN oleh Al Banjari.


Bolehkah Mengeluarkan Fitnah Pada Sesama Pimpinan?

Kalau benar apa yang disahkan oleh Al Banjari, maka ia bererti:
a. Isu kerajaan Perpaduan masih lagi berlegar dan masih kuat dalam mind Fraksi
UMNO
b. Fitnah “Husam agen Anwar” masih lagi disebarkan oleh mereka2 yang pro kepada
UMNO.
c. Kata2 seperti “wala’” kepada pimpinan hanya kata2 kosong dari mereka kerana
jelas mereka sendiri menaja fitnah ke atas Husam Musa
d. Mereka mahu menyembunyikan hasrat membawa PAS kepada UMNO dengan menaikkan
isu “pengaruh Anwar”. Padahal, tiada siapa yang menjadikan Anwar sebagai
rujukan dalam isu ni.
e .Mereka lupa bahawa Arwah Ustaz Fadzil sendiri mahu melantik Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif menang
f. Mereka kata juga mereka sokong SELCAT pada waktu yang sama mereka suruh
SELCAT dirombak. DAn tiada bukti pun pegawai2 kerajaan dilayan tidak baik?

Blogger UMNO dijemput untuk membantu mereka membersihkan PAS dari pengaruh blogger yang anti kepada usaha membawa PAS kepada UMNO. Itulah motif sebenar perjumpaan dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali.

Kemungkaran ini wajib dilawan dan dihentikan oleh semua ahli PAS. WAJIB./Malaysiawaves

Tulang Besi

PAS SELANGOR DISERET KE JK DISIPLIN

kemaskini 2.42am Khamis Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.

Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz - sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

"Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan," tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.


Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut./Malaysiakini

Rabu, 28 Oktober 2009

Mesyuarat khas Pas harus ulangi tiada kerjasama dengan UMNO

Oleh - TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Desakan-desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah dipersetujui pemimpin-pemimpin yang dikecamnya untuk mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menimbangkan sama ada parti itu mengadakan EGM atau sebaliknya. Pada saya nampaknya persoalan EGM atau tidak, tidak timbul lagi. Mesyuarat khas ini hanya perlu mengulangi Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO, parti musuhnya, dalam apa situasi pun. Kalau saya baca Nik Aziz betul-betul, padanya keputusan Muktamar di Ipoh, diulangi di Shah Alam, tidak mencukupi. Dia mahu keputusan ketiga untuk memastikan Pas tidak bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua keadaan. Sebabnya, barangkali pada pendapatnya, walaupun sudah ada dua keputusan yang muktamad, masih ada lagi permainan politik di kalangan setengah-setengah pemimpin Pas yang mahu menjalinkan hubungan ke arah penubuhan Kerajaan Perpaduan atas sebab-sebab dan kepentingan mereka sendiri. Dan, usaha ini mendapat sambutan pula daripada setengah-setengah pemimpin UMNO yang juga seperti pemimpin yang dituduh oleh Nik Aziz mempunyai agenda politik mereka tersendiri. Selanjutnya di Sini.

Isnin, 26 Oktober 2009

EGM - NEUTRAL DAILY TUDUH ANWAR HASUT NIK AZIZ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KALI pertama saya membaca sebuah blog yang kononnya bersikap adil tetapi mempunyai kandungan yang samasekali berniat jahat, mengadakan cerita dan berunsur hasutan terhadap ahli-ahli PAS untuk menjauhi rakan mereka di dalam PR. Jika anda membaca artikel di sini, jelas menunjukkan penulisnya mahukan PAS menghindari Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

Lebih jahat lagi, penulis terpedaya dengan cerita dari rakannya yang bergelar Kumbang yang menyebut bahawa konspirasi untuk menggugurkan Hassan Ali, Us Nasha dan Mustafa Ali bahkan Tuan Guru Presiden sendiri adalah datangnya dari Husam Musa dan Khalid Samad dengan menggunakan pengaruh DS Anwar untuk memperdaya Mursyidul Am PAS. Oleh kerana komplot ketiga-tiga mereka ini, maka Mursyidul Am PAS telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan UGM bagi membersihkan beberapa kerat pemimpin di dalam PAS seperti yang dikehendaki oleh Husam Musa dan Khalid Samad. Alasannya, Husam dan Khalid berdendam dengan pemimpin-pemimpin tersebut. Bukankah mudah bagi penulis blog ini membuat andaian seolah-olah Mursyidul Am PAS itu terlalu murah harga akhlak dan moralnya?

Mengapa DS Anwar dilibatkan dengan permasalahan di dalam PAS? PKR tidak pernah melibatkan PAS jika mengalami sebarang permasalahan malahan DS Anwar sedikit pun tidak memberi komen yang berpihak jika PAS mengalami masalah dalamannya. Paling bijak, DS Anwar tidak sedikit pun mengkritik dan menegur pemimpin PAS seperti Hasan Ali walaupun beberapa tindakan Hasan Ali dilihat tidak mencerminkan muafakat di dalam PR. Ini kerana DS Anwar hormat kepada pemimpin tertinggi PAS yang melantik Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Bahkan, DS Anwar memainkan peranan penting untuk mendamaikan sengketa di Selangor. Begitu juga kisah, `pertemuan di dalam kelambu' di antara dua tiga orang pemimpin PAS di Selangot dengan pemimpin Umno sebaik sahaja PR memenangi majoriti Dun di Selangor. DS Anwar tidak memberikan komen kerana beliau percaya pemimpin utama PAS tentu arif untuk mendisiplinkan ahli jemaah mereka.

Malang sekali, bila masalah seperti sekarang berlaku maka tuduhan dikenakan kepada orang lain termasuk beberapa pimpinan PAS seperti Husam dan Khalid yang dilihat begitu aktif menolak kerjasama dengan Umno. Mungkin penulis blog Neutral Daily terlalu kepingin untuk melihat PAS kembali berpelukan mesra dengan Umno. Jika anggapan saya ini tersilap, saya tidak tahu mengapa nama Husam, Khalid dan DS Anwar dilibatkan untuk mencari alasan mengapa PAS berada dalam kemelut sekarang. Adakah kerana mereka ini, sebab utama PAS tewas di Bagan Pinang? PAS tewas kerana undi pos dan hilang sokongan Cina dan India. Adakah Husam, Khalid dan DS Anwar anti Cina dan India?

Tulisan dari blog berkenaan ternyata tidak masuk akal sekadar untuk melepaskan geram kepada individu-individu tertentu yang mungkin tidak disukai oleh sipenulis. Apa yang saya faham, PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno apatah lagi bila mengingatkan kejadian yang menimpa beberapa orang penyokong PAS di Bagan Pinang. Adakah ini parti yang PAS hendak cium dan peluk selepas ini?/Kembali ke laman asal di sini.

EGM - HJ HADI BERSUARA

25 Oktober, 2009

Hadi Mahu Cadangan EGM Pas Diselesai Secara Musyawarah

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya, www.bloktokguru.com supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula hari ini dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu semalam.

-- BERNAMA

Ahad, 25 Oktober 2009

KEMELUT PAS, KALAULAH ALMARHUM USTAZ FADZIL MASIH HIDUP

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUNGGUHNYA kepada Allah jua kita akan kembali. Alfatihah, buat Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang telah menemui Allah dan tidak akan kembali lagi kepada kita yang amat merinduinya. Di saat parti yang pernah dibentuk oleh Almarhum dari sebuah parti kekampongan sehingga menjadi parti yang amat digeruni dan kini mengalami berbagai masalah dan kemelut, kita terlalu merindui Almarhum untuk kembali bersama kita. Biar tenggelam bumi negara ini dek air mata kita kerana merindui beliau untuk memperbetulkan kekalutan di dalam PAS ketika ini, namun jasadnya tetap akan bersemadi setenang-tenangnya.

Seandainya Ustaz Fadzil di alam Barzakh diberi perkhabaran tentang apa yang telah menimpa PAS sekarang, adakah Ustaz Fadzil akan menangis seperti kita sekarang? Tentunya tidak. Almarhum tidak lagi terikat dengan kerja-kerja di dunia lagi bahkan beliau kini tidak lagi terikat dengan kewajipan terhadap Allah SWT sepertimana kita masih hidup. Sudah cukup beliau meninggalkan PAS ini kepada kita untuk terus diperjuangkan sehingga kita mampu menunaikan amanahnya iaitu ingin melihat PAS memerintah negara ini dengan Islam. Apakah kita lupa akan amanah itu?

PAS sekarang tidak segagah dan sepadu kekuatannya seperti di zaman Almarhum. Meskipun di zamannya PAS tidak berada dalam 5 negeri yang dapat ditawan dari Umno/Bn seperti sekarang, tetapi kekuatan dan perpaduan PAS amat kuat ketika itu. Kebijaksanaan Almarhum yang dapat mengenali mana satu kawan dan lawan tidak dapat ditandingi oleh kepimpinan PAS sekarang. Di zaman Almarhum, semua pimpinan PAS diajar untuk menghormati dan bersetia dengan rakan seperjuangan. Tetapi sekarang di dalam PAS, pimpinan sering bertelagah dengan pimpinan dari rakan-rakan mereka sendiri. Semasa susah mereka bersama, tetapi bila sudah senang sedikit dan berjaya, ketamakan menguasai diri. Akal yang dulunya cerdik bila berbicara tetapi semakin beku.

Contoh seperti yang berlaku di Selangor. Peristiwa `rundingan dalam kelambu' bersama Umno tatkala PR baru mengambil kuasa di Selangor menjadi kudis buat PAS. Kudis itu dibiarkan terus oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggakan kudis itu semakin merebak. Apabila kudis itu cuba diubati dengan rawatan yang salah, pastinya kudis itu tidak akan sembuh. Sebaliknya semakin dirawati dengan rawatan yang salah, kudis itu merebak dan semakin berani. Mereka gagal berbohong dengan isu `rundingan dalam kelambu', mereka menukar cara yang lain pula. Kerajaan PR di Selangor terus diganggu dengan alasan untuk meng`Islam'kan Selangor. Kesempatan terus diambil jika terdapat isu yang boleh mereka ambil kesempatan. Sehinggakan di dalam isu Selcat pun, PAS Selangor mahu menunjukkan gagahnya mereka membela puak-puak penyeleweng yang dulunya pernah memijak kepala PAS itu sendiri. Mereka tidak percaya rakan mereka dalam PR boleh berlaku adil dan telus selain dari mereka.

Di dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, terdedah bagaimana pemimpin PAS berusaha untuk bersama Umno di Perak setelah menyedari mereka berpeluang untuk menjadi MB Perak jika bergabung dengan Umno. Itulah yang terjadi di Selangor dan itulah kudis PAS sebenarnya. Sikap membiarkan pemimpin seperti ini menjadikan kudis itu merebak sehingga kini menjadi kudis buta yang amat merbahaya. Bencana awal akibat kudis buta ini dapat dikesan setelah pilihanraya kecil di Manek Urai sehingga PAS hampir terduduk. Masih pimpinan tertinggi PAS gagal berbuat apa-apa, sehinggalah penyakit ini berjangkit pula di Bagan Pinang. Di Bagan Pinang, PAS mulai merasa betapa gatalnya kudis buta yang disimpannya selama ini.

Suka atau tidak, kudis buta ini mesti dirawat segera. Mursyidul Am PAS punya kaedah untuk merawatnya tetapi beliau tidak mampu berseorangan. Maka beliau mengharapkan semua ahli PAS membantunya terutama di peringkat pimpinan. Malangnya, baru Mursyidul Am menyebut kaedah rawatan yang boleh dibuat oleh PAS, beberapa pemimpin menolaknya dengan angkuh dan sombong dengan menyebut kononnya PAS tidak pernah berpenyakit. Pada Mursyidul Am, jika PAS di ibaratkan seperti jasad manusia, sebelah kaki PAS kini berpenyakit kudis buta. Kaki yang berpenyakit itu perlu dipotong segera agar tidak melarat ke serata tubuh badan sehingga boleh membawa ajal. Bukan tidak sayang kepada kaki yang ingin dipotong itu, tetapi demi untuk menyelamatkan jasad yang lain kaki yang berkudis buta itu terpaksa dikorbankan.

Mursyidul Am tidak memaksa untuk diadakan kaedah rawatan itu. Beliau cuma mencadangkan sahaja. Sekiranya pimpinan PAS merasakan kaedah itu baik, maka lakukanlah. Jika tidak, carilah kaedah lain asalkan kudis itu boleh dirawati. Tetapi jika masih sayangkan kepada kudis buta itu, bersedialah kita untuk dikuburkan sepertimana kita ingin menguburkan Umno. Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil masih ada............../kembali ke laman asal di sini.Justify Full

MENGAPA PEMUDA PAS TIADA "UMPH" ?

Pemuda Pas akui semakin hilang ‘umph’

SHAH ALAM - Selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap pa:rti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.

“Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph”. Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah curiga mencurigai antara satu sama lain.

“Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masin:g menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya melalui blognya, http://episodeperjuangan.blogspot.com.

Menurutnya, zaman semakin canggih malangnya ikatan ukhuwah sesama ahli parti dirasakan semakin ‘daif’.

“Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api. Nak bercakap rasa tak kena, tak bercakap rasa salah. Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan,” katanya.

Sementara itu Nasruddin ketika dihubungi berkata, tulisan di dalam blognya itu hanyalah sekadar motivasi untuk semua ahli Pas serta menyangkal dakwaan baya sayap kanan parti itu bergolak seperti yang digembar-gemburkan.

“Apa yang tercatat di dalam blog saya itu tidak lebih daripada motivasi saja. Tidak wujud perbalahan di kalangan Pemuda Pas. Kami (Pemuda Pas) okey saja. Saya juga menulis kerana masalah yang berlaku sekarang terutama kepada majlis tertinggi.

“Saya juga berharap Pemuda Pas tidak mudah tertewas dengan apa juga yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mahu Pemuda Pas kekal bersatu hati.

“Harapan saya, agar Pemuda Pas dapat menikmati semula ‘umph’ tersebut iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat (Umph),” katanya./Sinar

'Samseng' diupah kawal sidang DUN Perak?

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya./Malaysiakini

Kenapa Nik Aziz melenting?


Posted on Saturday, October 24

Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor."Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor.

Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

"Ia menjadi semakin parah apabila PAS kalah di Bagan Pinang. Salah satu puncanya dikatakan kerana kekurangan sokongan orang bukan Islam. Salah satu puncanya pula dikatakan kerana mereka tidak berpuashati dengan apa yang berlaku di Selangor," kata seorang penganalisa politik PAS.

Beliau mengulas tulisan Nik Aziz dalam blognya semalam. Nik Aziz dalam tulisan itu mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat agung khas untuk memilih kepimpinan PAS yang baru.

Tulisan Nik Aziz dipercayai dibuat bagi mengulas tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sebuah akhbar harian yang melebelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai pro Umno.

Ekoran itu, Aziz mencadangkan agar PAS membuat perubahan pimpinan dan mencadangkan nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebagai ganti Abdul Hadi kerana bagi beliau Azizan lebih terbuka dan PAS Kedah pula lebih tersusun berbanding PAS Terengganu.

Tulisan Aziz diserang hebat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam web PAS, Harakahdaily. Harakahdaily juga menyiarkan tulisan sebuah badan PAS dari Terengganu yang juga menyerang Aziz.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan pula tulisan yang pro kepada Aziz yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Tulisan Hanipa mengambil sikap terbuka dengan tulisan Aziz sebagai satu kritikan untuk mematang dan membetulkan PAS.

"Saya yakin Nik Aziz kesal dengan apa berlaku di Selangor dan dia tidak lihat apa pemimpin PAS yang ada buat untuk membetulkannya," kata penganalisa itu.

Sementara itu, menurut sumber, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan apa yang berlaku di Selangor.

Beliau dikatakan merujuk kepada kes Hasan Ali dan meminta PAS khasnya membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dalam kes membuat kenyataan akhbar di kalangan pimpinan parti untuk mengelakkan pertembungan berlaku lagi di kalangan pimpinan Pakatan.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan, Abdul Hadi belum menjawab surat itu dan pejabat MB Selangor dikatakan ternanti-nanti apakah reaksi PAS terhadap surat itu.

Namun begitu, The Malaysian Insider di fahamkan, tindakan telah diambil oleh PAS melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan amaran agar para pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati dalam membuat kenyataan media.

Beliau meminta agar semua masalah sesama mereka diselesaikan menerusi mekanisma Pakatan.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 33 anggota iaitu 11 dari setiap parti.

Ia juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk menjadi platform antara mereka.

Petikan Malaysian Insider/Kembali ke laman asal di sini.

SAYA TIDAK MENGIKUT TELUNJUK MANA-MANA PIHAK - NIK AZIZ

KOTA BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangannya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya, ditolak oleh sesetengah pemimpin PAS peringkat negeri atas alasan cadangan itu tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahupun negeri ketika ini.

Sambil menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata pimpinan tertinggi PAS akan membincangkan amanat Mursyidul Amnya itu berhubung cadangan mengadakan muktamar khas parti itu dalam masa terdekat ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz.

-- BERNAMA